1. Apakah matlamat utama ditubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 7 Julai 1969?
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa itu, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu. Sejak penubuhannya pada tahun 1969 itu, Jabatan Perpaduan Negara telah mengalami perubahan mengikut keperluan semasa.
2. Apakah visi, misi dan moto JPNIN?
misi Menjadi agensi peneraju untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di Malaysia. Visi Mempertingkatkan dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia. Moto "BERSATU KITA MAJU"
3. Nyatakan peranan: i. mediator komuniti; ii. Rukun Tetangga
i. Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif. mediator ini bertujuan unutk Mengurangkan pergaduhan antara kaum melalui Mediator Komuniti untuk meningkatkan keharmonian masyarakat. selain itu,mediator ini memebawa objektif dalam Memelihara keharmonian masyarakat melalui mediasi di antara pihak yang bertelagah. Menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat. dan Menjadi insan yang dihormati oleh masyarakat setempat dalam penyelesaian masalah masyarakat. ii. Skim Rukun Tetangga telah dilancarkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Ogos 1975 dalam sektor Rukun Tetangga Kampung Kassipilay, Kuala Lumpur. Skim ini diwujudkan di bawah Peraturan - Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) dalam Ordinan Darurat 1969. Penubuhan awal Skim Rukun Tetangga adalah untuk memastikan keselamatan penduduk di kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai sektor berikutan kejadian-kejadian yang menggugat perpaduan nasional pada ketika itu. konsep rukun tetangga diselaraskankan mngikut peredaran masa
4. Apakah tujuan dilaksanakan Program Integrasi Antara Wilayah?
program integrasi antara wilayah adalah sebahagian daripada dasar integrasi nasional yakni Proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Integrasi nasional di Malaysia bermatlamatkan: Mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk dalam wilayah yang berkenaan, Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan interaksi supaya wujud persefahaman antara penduduk dan suku kaum yang ada. Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan komitmen terhadap konsep Nasionalisme Malaysia. Mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Di Malaysia, tujuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI INTEGRASI WILAYAH Berdasarkan sejarah, Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Politik. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama Melayu. Namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu. Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba di Tanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang-orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang-orang Melayu di negeri mereka sendiri.
5. Apakah peranan Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional?
Pewujudan sebuah institusi latihan untuk mengendalikan aktiviti latihan kepada pegawai, kakitangan dan sukarela Jabatan ini amat penting dalam membantu dalam memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat dan menjadi lebih relevan kepada keperluan pelanggan dalam bidang perpaduan dan integrasi nasional. Malah ia turut memainkan peranan sebagai pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang berdaya saing dan efektif serta menghubungkan sektor akademik dan penyelidikan sosial dengan agensi pelaksana kearah proses pemantapan perpaduan Negara dan integrasi nasional. Oleh yang demikian, Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) telah ditubuhkan atas persetujuan dan kelulusan Jemaah Menteri yang telah bersidang pada 15 Disember 2004 dengan geran pelancaran berjumlah RM 2 juta. JPNIN akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas IKLIN. IKLIN ditubuhkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan. IKLIN telah diilhamkan oleh YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ditubuhkan untuk dua fungsi teras iaitu menjalankan kajian serta melaksanakan program latihan dalam bidang Perpaduan dan Integrasi Nasional. Pada masa yang sama hasrat untuk menjadikan IKLIN sebagai sebuah pusat penyaluran ilmu pengetahuan yang unggul dalam bidang perpaduan akan terus menjadi focus di dalam setiap perancangan serta program yang akan dilaksanakan. Sebagai sebuah institut yang bercita-cita untuk menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea, latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Institut Kajian dan Latihan Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri) berhasrat dan bertekad mentransformasikan bidang perpaduan dan integrasi sebagai satu landasan rujukan di peringkat serantau dan antarabangsa. Pendekatan program latihan, kajian dan penyelidikan (R&D) serta jalinan kerjasama pintar di antara universiti tempatan dan antarabangsa seiring dengan hasrat menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat serta melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. IKLIN bertekad cemerlang untuk melahirkan modal insan yang berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020 Negara serta selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa di dalam memastikan kesejahteraan dan bercita-cita menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran sepanjang hayat, yang akan menumpukan program latihannya di bidang yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional. -