Noorfara atika binti ithnan's 1.A4 : Perbincangan - OpenLearning

Pada pendapat saya, konsep kesepaduan sosial adalah lebih realistik di Malaysia berbanding dengan konsep perpaduan kerana hubungan etnik bukan sahaja dipengaruhi oleh unsur etnik semata-mata tetapi juga dipengaruhi oleh unsur-unsur sosial yang lain. perspektif kesepaduan sosial memiliki keupayaan untuk membentuk kesejahteraan dalam masyarakat. konsep kesepaduan sosial adalah fenomena praperpaduan dan difahami menerusi konsep 'takrifan harian' dan 'takrifan autoriti'. takrifan autoriti iaitu cenderung bersifat tetap. contohnya bangsa melayu menganut agama islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. manakala takrifan harian ialah takrifan masyarakat awam berbeza dengan kehidupan seharian. contohnya, bangsa Melayu sebahagiannya bertutur dalam bahasa Inggeris. Takrifan harian oleh masyarakat adalah pelbagai dan terdapat tolak ansur serta saling memahami bagi memastikan kehidupan mereka dengan aman tanpa sebarang konflik. Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.  

Comments

Chat