| No. | Tajuk | Bidang | Laporan/Catatan ringkas |
|---|---|---|---|
| 1 | Perubatan tradisional | Kesihatan |
a)KAUM MELAYU - PERBOMOHAN: merupakan upacara yang dijalankan oleh Tok Bomoh. Tok Bomoh ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Tok Bomoh biasanya penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib misalnya santau, histeria dan rasukan hantu. b)KAUM CINA -Akupuntur merupakan sejenis rawatan tradisional tradisional yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum halus pada tubuh badan. c)KAUM INDIA -Ayurveda merupakan salah satu seni perubatan tradisi yang Tertua di dunia. Ayurveda ini adalah berasal daripada kitab veda iaitu Rig Veda yang mempunyai maklumat perubatan yang menggunakan ubatan hijau dalam rawatan.
|
| 2 | Sukan tradisional mengikut kaum | Sukan dan rekreasi |
a) KAUM MELAYU -Sepak raga: Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan. b)KAUM CINA -Mahjong: Mahjong atau mahjung merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor utama kejayaan. c)KAUM INDIA -Kabadi: Kabadi ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. |
| 3 | Amalan pantang larang selepas bersalin | Adat resam |
a)AMALAN PANTANG KAUM MELAYU -Penggunaan herba adalah ciri utama dalam penjagaan selepas bersalin cara tradisional Melayu. Berbagai herba boleh dimakan atau disapu dalam bentuk segar atau kering, bunga, akar kayu, atau ekstrak dijadikan kapsul. Sesetengah campuran herba ditumbuk dan disapu pada seluruh badan atau pada bahagian tertentu seperti di abdomen untuk menggalakkan peredaran darah, di dahi (pilis) untuk menghilangkan angin dan mencegah migrain selepas bersalin kerana kekurangan tidur. b)AMALAN PANTANG KAUM CINA -Salah satu prinsip utama amalan tradisional orang China selepas bersalin ialah menghalang badan dimasuki ‘angin’ yang dipercayai menjadi punca segala masalah sendi dan otot apabila umur meningkat tua. Satu amalan yang diketahui ramai dan diikuti ialah ibu-ibu yang bersalin tidak dibenarkan mandi atau mencuci rambut sepanjang waktu berpantang, iaitu sekurang- kurangnya 30 hari. c)AMALAN PANTANG KAUM INDIA - Amalan berpantang orang India juga memastikan rahim mengecut kembali ke saiz asal dan luka dalaman sembuh dengan sempurna. Mandi herba diamalkan dengan menggunakan pelbagai jenis daun untuk meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keletihan. 'Omam' yang merupakan sejenis rempah, disapu di seluruh badan untuk membersihkan dan melembutkan kulit serta untuk melegakan sakit. |
| 4 | Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian | Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan |
a)MELAYU: -Kelahiran - lazimnya bayi akan akan diaazankan lelaki dan iqamat bagi perempuan, tahnik dan cukur jambul -Perkahwinan - Merisik, meminang -Kematian - Mengkapankan mayat, tahlil b) CINA: -Kelahiran - Cukur rambut, bagi nama -Perkahwinan - Merisik, meminang, bertunang -Kematian - Mayat dimandikan dan dibersihkan kemudian disolek dan ditanam bersama wang. c) INDIA: -Kelahiran - Waktu kelahiran dicatat untuk menentukan bintang untuk bayi. -Perkahwinan - merisik, kunjungan rumah pengantin, parisam -Kematian - Upacara menanggalkan thaali |
| 5 | Makanan/Minuman tradisional | Makanan; Budaya |
a) MELAYU - Nasi lemak, sate, nasi dagang dan nasi minyak b) CINA - Kuih bulan, mi sup dan dim sum c) INDIA -Muruku, tosai dan capati. |
| 6 | Perjuangan kemerdekaan | Politik |
a) MELAYU- UMNO b) CINA- MCA c) INDIA- MIC |
| 7 | Pemodenan dan pembangunan negara | Politik; Sosio-Ekonomi |
a) MELAYU: Mendominasi organisasi pentadbiran negara b) CINA: Maju dalam perniagaan dan keusahawanan c) INDIA: Kepakaran teknologi pengangkutan dan pembuatan (perkilangan) |