Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Soalan 5
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian. Pada sekitar Disember 2009 sehingga April 2010 yang lalu, berlaku satu polimik mengenai penggunaan Kalimah Allah oleh non- Muslim. Pihak Kristian iaitu ketua Paderi katolik Murphy Pakiam telah menghantar satu permohonan kepada pihak berwajib iaitu Mahakamah Rayuan Negara untuk menggunakan Kalimah Allah dalam majalah dalam terjemahan Bahasa Melayu khususnya dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly. Hakim Mahkmah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut. Rentetan itu, sebahagian umat Islam Malaysia merasakan bahawa permohonan pihak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka adalah suatu isu sensitif yang menyentuh soal akidah umat Islam. Dengan demikian, beberapa muzakarah dan perbincangan telah dilancarkan berdasarkan permasalahan ini. Antaranya adalah yang dilakukan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam permasalahan ini. Pihak Katolik telah membahagikan kepada tiga hujah mengapa mereka menuntut penggunaan kalimah Allah dan dapat dilihat daripada buku berjudul Antara Nama dan Hakikat, Md. Asham Bin Ahamd (2010) iaitu Hujah Tiada Laranagn (HTL), Hujah Siapa Dulu (HSD) dan Hujah Sudah Lama Guna (HSLG) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja Sememangnya Allah s.w.t. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidah agama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat, bukan dalam bentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka. Ini kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalam masyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Oleh kerana Ahlul-Kitab yang hidup dalam masyarakat Arab yang menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta, maka mereka juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta. Namun, itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orang Krisitan sendiri. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri, mereka menyebut tuhan mereka sebagai El, Elohim atau Yahwah (Yhwh). Asalnya, nama tuhan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa asal Old Testement) adalah seperti berikut jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris: YHVH atau YHWH tanpa ada huruf vokal. Maka, sebahagian cendikiawan Kristian yang awal menetapkan sebutannya sebagai Yahweh. Nama lain bagi tuhan sembahan mereka adalah Elohim dalam bahasa Hebrew. Ada juga yang menyebut tuhan mereka sebagai Jehovah. Ada juga menyebut Tuhan sebagai HaShem. Kemudian, bagi orang-orang Kristian, mereka merujuk kepada New Testament yang dikatakan berbahasa Yunani (Greek) lalu menyebut tuhan mereka dalam bahasa Greek iaitu “Ho Theos”. Walaupun ada ahli ilmu cuba mengaitkan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab hampir dengan kalimah “Eloah” dalam bahasa Hebrew, yang merujuk kepada Tuhan yang sama, namun dari sudut aqidah orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian, maka sudah jelas tuhan mereka (Kristian) berbeza dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini kerana, orang-orang Kristian tidak menyembah tuhan Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. yang sememangnya adalah ALLAH s.w.t., tetapi menyembah tuhan triniti.
Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Soalan 6: Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu. Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil (Hindu) dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk. Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19, S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ. Penduduk Melayu di Taman Ixora S23 diminta bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Penduduk Melayu tentu akan sama tersinggung jika penduduk Klang yang ramai India membantah pembinaan masjid dan surau. Selama ini orang Melayu tidak pernah membantah kuil-kuil yang dibina di kawasan ladang atau di kawasan majoriti India kerana mereka berjauhan. Banyak juga masjid dan surau di Malaysia yang bersebelahan dengan kuil dan gereja seperti di Teluk Intan dan di Singapura. Memorandum bantahan telah diserahkan kepada Rodziah Ismail menerusi pegawai khasnya, Naim Yusri pada 14 Ogos 2009.Pengerusi Badan Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil itu Ahmad Mahyuddin Abdul Manaf mendakwa kuil S23 di atas tanah perindustrian milik PKNS tidak sesuai kerana ia terletak 160 meter dari kawasan penempatan yang 70 % penduduknya beragama Islam selain berdekatan dengan Surau Al-Jannah Taman Ixora S23. Kuil di S19 dipindahkan kerana berada di depan rumah orang (8 meter) sahaja. Kesesakan berlaku apabila pihak pihak kuil mengadakan upacara . Minit mesyuarat ditandatangani oleh Rodziah Ismail dan Khalid Abdul Samad bertarikh 7 Mei 2009 meluluskan cadangan itu setelah berunding dengan pengguna kuil S19 tetapi tidak berunding dengan penduduk S23. Pemindahan kuil itu bersyarat iaitu seluruh lot tanah kuil diwartakan sebagai milik kuil dan setengah ekar (0.2 hektar) untuk kuil manakala bakinya kawasan lapang atau tempat letak kereta. Kuil sedia ada di Seksyen 19 masih boleh beroperasi sehingga hujung tahun 2010 atau sehingga kuil baru di Seksyen 23 siap sepenuhnya.