Soalan
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.Bagi faktor kepelbagaian pelajar dan pengajar, mengikut pengalaman saya sendiri, kesepaduan dapat dibina kerana saya dapat mempelajari budaya kaum lain melalui ajaran guru saya yang berbeza kaum dengan saya. Dalam setiap sesi pembelajaran, guru saya yang berasal dari bangsa Cina, akan menceritakan serba sedikit tentang kisah hidup beliau dan mengkaitkan sesuatu topik pembelajaran dengan budaya kaum Cina. Guru saya juga akan menghormati agama kaum Melayu iaitu agama Islam dengan mengamalkan budaya kaum Muslim yang menghormati azan serta memberi laluan untuk kami membaca doa sebelum memulakan kelas. Dari segi pengisian kurikulum dan ko-kurikulum pula, di sekolah saya terdapat subjek Sivik yang dapat memupuk nilai-nilai moral dalam setiap pelajar yang berlainan bangsa serta agama. Aktiviti ko-kurikulum pula menggalakkan pelajar untuk mempelajari kesenian kaum yang berbeza. Sebagai contoh, di sekolah saya terdapat sebuah kelab seni budaya yang memberi peluang untuk pelajar mempelajari cara untuk bermain alatan tradisional Melayu, Cina dan India. Saya dapat mengeratkan lagi hubungan saya dengan rakan-rakan saya yang berbeza kaum ketika kami menjalankan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan jasmani. Selalunya, guru jasmani kami akan menggalakkan kami bermain dengan kumpulan etnik yang berbeza. Dari segi faktor fizikal dan sekitaran pula, susun atur bangunan kami tidak memisahkan kaum yang berbeza dan bagi pemilihan rakan sebilik atau dormitori, pihak sekolah akan menentukan untuk kami dan selalunya, pihak sekolah akan meletakkan pelajar-pelajar yang berasal dari kaum yang berbeza dalam satu bilik atau dormitori. Bagi pengalaman saya, perkara ini mungkin membuatkan saya kurang selesa kerana kami mempunyai budaya yang berlainan, namun lama-kelamaan, kami menjadi rakan baik setelah mempelajari cara untuk menghormati adab masing-masing. Budaya masyarakat setempat juga serba sedikit mempengaruhi kesepaduan antara etnik. Sebagai contoh, di kawasan sekolah saya, masyarakat melayu merupakan kaum majoriti sehingga semua pelajar kaum yang lain sudah memahami adab kami tanpa perlu diajar secara formal sehingga rakan saya yang berlainan kaum juga mengamalkan budaya yang sama dengan kaum Melayu. Di sekolah saya juga, kami mengadakan hari perayaan bagi menyambut AidilFitri secara besar-besaran dan pelajar-pelajar yang berasal dari kaum dan agama lain membantu persiapan hari tersebut serta hadir ke sekolah dengan memakai baju kurung bagi pelajar perempuan dan baju melayu bagi pelajar lelaki. Akhir sekali, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Berdasarkan pengalaman saya, penguasaan bahasa Melayu dapat mengeratkan hubungan pelbagai kaum kerana saya dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan saya dan sebenarnya, saya mempunyai ramai rakan yang berbeza kaum tetapi lebih mahir dalam bahasa Melayu berbanding saya dan ini menunjukkan betapa kekerapan pengunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka sehingga sesetengah daripada mereka terlupa bahasa yang mereka amalkan atau lebih selesa dengan menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan bahasa-bahasa lain. Bahasa Inggeris sebgai bahasa kedua pula, dapat memberi peluang bagi etnik di Malaysia untuk berhubung dengan negara luar. Saya juga mempunyai ramai rakan yang berasal dari India yang lebih selesa dengan bahasa Inggeris dan pembelajaran bahasa Inggeris membantu saya untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan saya dengan lebih efektif. Sebagai kesimpulan, pendidikan semestinya dapat membina kesepaduan dalam pelbagai kaum dari segi faktor-faktor atau aspek yang berbeza. Oleh itu, sistem pendidikan hendaklah dikukuhkan lagi bagi memupuk kesepaduan antara kaum.