Muhammad izzat bin iliyasat's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning

Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu daripada Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu dan Ahli Parlimen MarangTerengganu yang bertanding atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Presiden PAS. Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan Naib Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia. Beliau juga merupakan mantan Menteri Besar Terengganu (1999-2004)

 

Dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947, di Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Haji Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.[2]

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di Kampung Rusila, tempat beliau tinggal sekarang. Ayahanda beliau yang merupakan Tok Guru di Kampung Rusila juga merupakan aktivis politik Hizbul Muslimin Terengganu.[3] Begitu juga dengan bondanya yang menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.[4]

Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah, atas kehendak parti pemerintah. Beberapa tahun selepas pengharaman itu, Haji Awang Mohammad muncul pula sebagai salah seorang yang paling awal memperkenalkan perjuangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Terengganu.

 

Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Seri Hajah Zainab binti Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah mengurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 orang daripada isteri pertama dan 3 orang daripada isteri kedua.[5]

Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi merupakan alumni Universiti Al-ImanYaman[6] dan kini menggalas jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia[7] dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Comments

Chat