Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Di Malaysia, pada zaman sebelum merdeka iaitu ketika pemerintahan british pada tahun 1824 hingga 1957, sistem pendidikan bersepadu masih tiada lagi di tanah melayu. Setiap kaum menubuhkan sekolah masing-masing atau lebih dikenali sebagai sekolah vernakular iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris mempunyai bahasa pengantar, kokurikulum, buku dan guru yang dilantik sendiri. Apabila kemerdekaan sudah dicapai oleh rakyat Malaysia pada tahun 1957 hingga 1970, bermulalah usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan yang berupaya untuk memupuk perpaduan dan mempunyai ciri nasional dan menjamin peluang pendidikan tanpa mengira kaum dan agama. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu, yang pertamanya ialah mengklasifikasikan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar bagi SK dan SJK juga diwajibkan untuk belajar bahasa melayu. Yang keduanya ialah memansuhkan yuran persekolahan di semua sekolah rendah bantuan kerajaan pada tahun 1962. Selain itu, usaha yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia ketika pembangunan pendidikan dalam era dasar ekonomi baru pada tahun 1971 hingga 1990 ialah pembangunan pendidikan menekankan usaha membina keharmonian dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum dan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar diperkukuhkan.Disamping itu,, peluang pendidikan di kawasan luar bandar diperluaskan dan Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai laluan pendidikan tinggi untuk pelajar lepasan sekolah melayu. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1979 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) terbentuk pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirangka pada tahun 1988 sebagai panduan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Pada tahun 1991 hingga 2000, sistem pendidikan pra sekolah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Selain itu , menigkatkan enrolmen pra-sekolah, memastikan literasi bahasa Malaysia dan numerasi, membangunkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan memperkenalkan tawaran baru untuk pengetua atau Guru Besar.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Di Malaysia, oleh kerana sistem pendidikan sebelum merdeka tidak bersepadu maka kanak-kanak berbilang kaum tidak belajar bersama-sama, kecuali mereka yang bersekolah di sekolah Inggeris. Ianya menyebabkan kanak-kanak daripada pelbagai kaum tidak pernah berhubung antara satu sama lain dan menganggap kaum lain sebagai orang luar dan bukanlah dari golongan mereka. Tetapi apabila kemerdekaan dicapai oleh rakyat Malaysia, kerajaan Malaysia banyak menubuhkan sekolah-sekolah yang dapat membantu kanak-kanak dari pelbagai kaum belajar. Di sekolah-sekolah yang telah dibina itu, kanak-kanak boleh memilih untuk bersekolah di sekolah yang mana iaitu sekolah kebangsaan ataupun sekolah jenis kebangsaan. Oleh itu, kanak-kanak akan mula bergaul dengan kaum-kaum yang lain contohnya kanak-kanak Melayu berkawan dengan kanak-kanak India. Oleh itu, erea dapat mengetahui budaya dan cara kaum-kaum yang lain. Apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dibangunkan, ia lebih lagi merapatkan hubungan antara kaum kerana di universiti kita akan berjumpa dengan orang dari pelbagai kaum. Contohnya di universiti, kita perlu bekerjasama dengan orang dari kaum lain untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang odiberikan oleh pensyarah universiti. Maka hubungan antara pelbagai kaum dan agama ini akan lebih rapat dan harmoni.