Nick Ainiey's 9.A2 : AKTIVITI 2 - OpenLearning

Soalan

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Pada pendapat saya berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui sebelum ini, refleksi saya mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial ialah sangat penting untuk diteruskan supaya rakyat Malaysia mendapat banyak manfaat daripada pendidikan. Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai kedua adalah berlaku ketika saya di sekolah rendah dan menengah. Guru-guru di sekolah sangat menekankan elemen bahasa melayu kerana ianya adalah bahasa kebangsaan dan di masa kini kita boleh melihat kelulusan sijil SPM mestilah mendapat gred C dan ke atas atau boleh dikatakan sebagai subjek yang wajib lulus bagi meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di universiti awam dan lainlain lagi. Pengisian kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah menengah sangat berkesan kepada pelajar-pelajar kerana dalam pelajar mendalami kurikulum , mereka juga dapat bersukan untuk menjaga kesihatan mereka dan mendapat ilmu tambahan dari segi sukan. Oleh itu pelajar tidaklah bosan untuk belajar jika hanya kurikulum diterapkan dalam sekolah-sekolah di Malaysia. Pengajian tentang subjek hubungan etnik dan sivik merikan impak yang amat berkesan kepada pelajar kerana mereka belajar tantang nilai-nilai murni dan moral ketika berada dalam kalangan masyarakat. Penglibatan pelajar dalam kesenian juga memberi kesan kerana ianya memberi peluang kepadaa pelajar untuk menjadi lebih kreatif contohnya dalam kesenian lukisan dan kesenian muzik. Selain itu susun atur bangunan juga memberikan kesan kepada pelajar dan tenaga pengajar. Persekitaran yang baik membawa kepada perkara yang baik. Ketika saya di zaman sekolah dahulu, saya merasa tenang apabila melihat kawasan persikatan yang bersih dan teratur. Malah ianya memrikan saya semangat untuk belajar kerana sedap mata memandang persekitan yang cantik.Akhir sekali kepelbagaian pelajar dan pengajar iaitu homogen atau heterogen. Ianya juga memberikan impak yang baik kepada masyarakat untuk terus berada dalam keaadaan harmoni dan aman.

Comments

Chat