JENNIFER MICHAEL's 1.A4 : Perbincangan - OpenLearning

Salam sejahtera,

Konsep kesepaduan sosial adalah berbeza dengan konsep perpaduan. konsep kesepaduan sosial adalah lebih realistik di Malaysia berbanding dengan konsep perpaduan. Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya. Setiap masyarakat mempunyai budaya tersendiri yang terbentuk daripada hubungan rapat sesama anggota.

             Kesepaduan sosial menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama dalam masa yang lama dalam atur cara yang tersendiri. Terdapat beberapa keperluan dalam memahami konsep masyarakat ini, iaitu supaya dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan masyarakat, supaya manusia dapat hidup bermasyarakat, setiap individu dapat memahami cara hidup bermasyarakat, serta dapat memahami budaya dan kebiasaan masyarakat lain. 

             Oleh itu, kesepaduan antara kaum di Malaysia adalah sangat penting dan bermakna kerana ianya adalah tunjang kepada negara yang maju. Sekiranya negara tidak mahu dijajah oleh anasir luar seperti dahulu kala, maka konsep kesepaduan sosial ini haruslah dipegang erat dan ditanam dalam diri setiap masyarakat. selain itu, aspek penyatuan rakyat amatlah ditekankan untuk mengelakkan rakyat berpecah belah dan tidak hidup dalam keadaan yang harmoni. 

Comments

Chat