sayyid's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990. Selepasnya kerajaan memperkenalkan Rancangan Wawasan. Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Kehadiran Masyarakat Pelbagai Kaum Sejak Abad Ke-15 Sehingga Merdek Pada abad ke-15 dengan kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan bebas, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca dan pedagang-pedagang asing menerima hegemoni perdagangan Melayu. Sifat berkongsi kekayaan ekonomi Melaka di kalangan semua pedagang yang mengunjungi Melaka dapat diperhatikan dari sikap Sultan dan pembesar Melayu. Mereka mengguna dan menggalakkan penyertaan pedagang asing seperti Gujarati, Chulia dan peminjam wang India (Chettiars).Dasar ini juga mengelakkan kelahiran Melayu kaya yang bakal menggugat kestabilan pemerintah.  Hubungan ekonomi di Melaka mengikut peraturan ekonomi yang ditetapkan oleh raja-raja Melayu mengikut Hukum Kanun Melaka. Pedagang asing terpaksa menerima syarat-syarat dalam hukum ini bila menjalankan perdagangan di Melaka. Portugis yang menguasai Melaka pada abad ke-16 telah melenyapkan budaya perdagangan bebas untuk seketika.dasar monopoli dan pelbagai sekatan perdagangan dikenakan. Memaksa kapal-kapal singgah di Melaka untuk membayar cukai; 10% dikenakan untuk barangan dari negara China dan 8% untuk barangan dari Teluk Benggal. Pedagang juga dimestikan mendapatkan surat izin untuk berdagang di Melaka.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang terdiri dari golongan yang kaya relatif kepada kaum Melayu , bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan. Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan yang menganggotai Parti Komunis Malaya merupakan Cina, manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN HUBUNGAN ETNIK 1. PERKEMBANGAN EKONOMI PADA ZAMAN PENJAJAHAN 2. USAHA PEMULIHAN EKONOMI SELEPAS MERDEKA 3. RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN 4. SEKTOR PERINDUSTRIAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN NEGARA MAJU Falsafah “Pertumbuhan dengan agihan”  Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik dalam sesebuah negara.  Bagaimanapun, dalam usaha mencapai keharmonian hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan politik, kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama.  Tujuannya adalah untuk mengelakkan mana- mana kumpulan etnik berasa terpinggir daripada menikmati faedah pembangunan yang dapat menimbulkan masalah ketegangan dan konflik dalam masyarakat.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Globalisasi merujuk kepada saling bergantungan antara satu sama lain yang lebih besar di kalangan penduduk manusia dari fasa masa ke masa,ia juga digambarkan sebagai pemampatan masa dan ruang yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Selain itu,digambarkan juga dalam intensifikasi besar sosial,penyambungan politik,ekonomi dan budaya serta kebergantungan kepada skala global.Selain itu ,globalisasi juga didefinisikan oleh pelbagai pendapat dari tokoh-tokoh yang terkenal.Antara pendapat-pendapat mengenai globalisasi ialah:Menurut Anthony Giddens,Pengarah Sekolah Ekonomi London,globalisasi itu boleh ditakrifkan sebagai intensifikasi hubungan sosial di seluruh dunia yang menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh dalam apa-apa cara yang berlaku tempatan dibentuk oleh peristiwa yang berlaku dan sebaliknya.Menurut pendapat,Fredric Jameson,Profesor kesusasteraan di Duke Universiti pula,konsep globalisasi mencerminkan besar komunikasi dunia dan ufuk pasaran dunia yang mana kedua-duanya kelihatan jauh lebih ketara dan serta-merta daripada peringkat awal kemodenan.Bagi pendapat David Held,profesor sains politik di sekolah Ekonomi London,Globalisasi boleh dianggap sebagai satu proses (atau ditetapkan proses) yang merangkumi transformasi dalam organisasi ruangan hubungan sosial dan urus niaga yang dinilai dalam jangka ekstensif mereka, keamatan, halaju, dan kesan-menjana aliran benua atau antara wilayah dan rangkaian aktiviti, interaksi dan menjalankan kuasa.Globalisasi sebagai satu konsep merujuk kepada kedua-dua mampatan dunia dan menggiatkan kesedaran dunia secara keseluruhannya.Ini adalah pendapat Roland Robertson,Profesor Sosiologi di Universiti Pittsburgh.Bagi pendapat James Mittelman,iaitu Profesor hubungan antarabangsa di Universiti Amerika ialah,globalisasi memampatkan aspek masa dan ruang hubungan sosial.Globalisasi secara ringkasnya ialah peningkatan saling bergantungan antara sebuah negara dengan negara yang lain,terutama dari segi ekonomi sehingga wujud satu pasaran ekonomi dunia yang tidak di hadkan oleh sempadan negara.Melalui globalisasi akan mempengaruhi keadaan politik,ekonomi dan sosial negara lain.DEFINISI EKONOMI.Baru sahaja berusia dua abad,ekonomi menjadi satu disiplin akademik iaitu dengan bermula lahirnya sebuah buku “The Wealth of Nation” pada tahun 1776 oleh Adam Smith. Selepas itu,lahirnya pula buku “The General Theory Of Employment,Interest dan Money oleh ahli ekonomi British bernama John Maynard Keynes pada tahun 1936.Selepas dari itu,disiplin ekonomi telah berubah dan mengalami peningkatan. Kedua-dua buah buku ini menerangkan bahawa asas ekonomi adalah disebabkan:1. Kehendak manusia yang tidak terhad

Comments

Chat