Biodata:
Nama: YB Zawawi Bin Hj. Othman
Parlimen/Dun: Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh dan ADUN N31 Semerak
Umur: 53 Tahun
Pendidikan:BBA
Pengalaman: Berniaga
Alamat: Kg. Pauh Lima 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
Antara program yang dibuat oleh beliau ialah. membantu rakyat menerusi kerja gotong-royong membaiki rumah penduduk miskin di kawasan DUN Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada 14 Mar 2018. Di samping itu, Datuk Zawawi juga turut mengadakan program Olahraga bersama rakyat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk yang berbilang kaum iaitu melayu, siam dan cina di padang sekolah kebangsaan cherang ruku pasir puteh Kelantan. Program ini dapat menjalinkan hubungan yang baik tidak kira kefahaman yang berbeza. Taman Perindustrian Tok Bali yang akan diwujudkan di sini oleh kerajaan Persekutuan memberi peluang kepada lebih 800 usahawan dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Kelantan mempertingkatkan perniagaan masing-masing. Akhir sekali, Datuk Zawawi juga turut mengadakan Program Amal dimana beliau telah menyumbangkan barangan keperluan harian kepada ibu tunggal dan orang miskin. Antara barangan yang diberikan ialah beras,susu,gula,sardine dan sebagainya.