nurul hanan's 9.A2 : AKTIVITI 2 - OpenLearning

Soalan

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di bawah, saya bersetuju bahawasanya pendidikan sememangnya dapat membina kesepaduan sosial antara pelajar berbilang kaum. Ini kerana, sekolah dapat menjadi ruang fizikal dan sosial yang menemukan pelajar pelbagai kaum dan etnik. Pengalaman saya bersekolah disekolah jenis kebangsaan semamangnya membantu saya untuk mengenali rakan-rakan dari kaum lain dengan lebih baik. Pada pendapat saya, pengisian kurikulum dan kokurikulum contohnya matapelajaran sivik perlulah diperkukuhkan di peringka sekolah. Ini kerana, matapelajaran sivik ialah salah satu subjek dimana para pelajar dapat mempelajari tentang budaya dan adat resam tidak hanya kaum sendiri tetapi juga kaum-kaum lain. Antara pengalaman menarik saya sepanjang mengikuti subjek sivik ialah dimana guru saya telah mengadakan satu aktiviti dimana kami telah didedahkan dengan adat perkahwinan kaum melayu, cina, india dan masyarakat orang asli. Ianya sangat menarik kerana saya dapat mempelajari tentang budaya perkahwinan kaum lain. Pengunaan bahasa melayu juga membantu saya untuk berkomuniksi dengan rakan-rakan dari bangsa lain dengan lebih mudah. Ini kerana bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan dimana setiap rakyat perlu tahu bertutur dalam bahasa melayu. Jadi, ini akan memudahkan proses komunikasi. Untuk sekolah asrama, kesepaduan sosial dapat dicapai dengan percampuran kaum dikalangan rakan sebilik didalam satu dorm. Dengan ini, mereka akan belajar untuk bertoleransi dalam kehidupan dengan rakan-rakan lain yang berlainan kaum dan budaya.

Comments

Chat