Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Ciri utama sistem pendidikan di Malaysia pada zaman sebelum merdeka iaitu semasa pemerintahan British pada (1824-1957) adalah terpisah dan tersekat daripada perpaduan kaum. Hal ini kerana pendidikan pada zaman ini, British telah menubuhkan 4 buah sekolah vernakular iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina, dan Sekolah Tamil yang menempatkan kaum-kaum ini mengikut sekolah masing-masing dan mewujudkan jurang antara kaum. Justeru, situasi dan keadaan sekolah yang berbagai seperti ini telah mensyukurkan pembentukan hubungan etnik yang erat dalam pelbagai kaum dan agama. Selain itu, ciri sistem pendidikan selepas merdeka iaitu pada tahun (1957-1970) pula merupakan permulaan kepada kewujudan sistem pendidikan yang berusaha memupuk perpaduan kaum dan mempunyai ciri nasional. Lebih-lebih lagi, peluang pendidikan juga dijamin tanpa mengira kaum dan agama. Hal ini dapat dilihat dengan adanya pengklasifikasikan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), di mana bahasa melayu adalah bahasa pengantar di SK manakala di SJK Bahasa Melayu merupakan subjek yang wajib diambil. Seterusnya, dalam era dasar ekonomi baru, pada tahun (1971-1990) pula terdapat penekanan pada usaha membina keharmonian dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Selain itu, peluang pendidikan di kawasan luar bandar juga diperluaskan dan falsafah pendidikan kebangsaan dirangka sebagai panduan mengukuhkan sistem pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai laluan pendidikan tinggi untuk lepasan sekolah Melayu manakala Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1979 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) terbentuk pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Falsafah pendidikan Kebangsaan telah dirangka pada tahun 1988 sebagai panduan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Sistem pendidikan telah berkembang menjadi Pembangunan Pendidikan dalam Era Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991 hingga 2000. Ciri utamanya ialah sistem pendidikan perlu bekembang secara seiring cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Misalnya, sistem pendidikan pra sekolah dimasukkan kedalam sistem pendidikan kebangsaan dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta. Di samping itu, Akses Pendidikan Tinggi ditingkatkan melalui penubuhan lebih banyak universiti awam, kolej universiti,kolej matrikulasi, kolej komuniti, kolej swasta dan universiti swasta.Ciri sistem pendidikan dan Era Dasar Wawasan Nasional (2001-2020) berteraskan globalisasi, Liberalisasi dan perkembangan ICT di samping menyahut cabaran untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, cekap dan berdaya saing. Modal Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 sehingga 2010 telah diwujudkan dengan matlamat untuk memastikan semua warganegara mempunyai peluang dari segi akses, ekuiti dan kualiti untuk menduduki pendidikan formal selama 12 tahun manakala Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) pula menggariskan enam teras yang mencerminkan objektif misi nasional, iaitu membina negarabangsa, membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Ciri-ciri yang mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama ialahdengan kewujudan sekolah vernakular semasa pemerintahan British, dengan kewujudan sekolah vernakular seperti Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil menyukarkan setiap kaum untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain di samping perpaduan sukar dibentuk dan dicapai. Namun, selepas kemerdekaan sistem pendidikan yang diamalkan adalah bertujuan untuk mewujudkan perpaduan antara pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sistem pendidikan dilihat semakin bertambah baik dengan pelaksaan sistem sekolah jenis kebangsaan yang menggabungkan pelbagai kaum dan agama. Usaha ini telah banyak memperkukuhkan hubungan antara pelajar yang berbilang kaum dan agama kerana pelajar boleh mengenali adat resam dan perayaan yang diamalkan oleh pelajar kaum lain dan seterusnya boleh mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pertelingkah antara kaum.Seterusnya, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran dan masalah yang akan dihadapi dalam kepelbagaian sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah populasi pelajar yang homogen di sekolah tersebut. Seterusnya, kurangnya batas etnik kerana penggunaan bahasa yang sama. Disamping itu, perbezaan antara etnik dapat dilihat apabila bergaul dengan pelajar yang berbilang kaum. Menjelang kemerdekaan,usaha memartabatkan Bahasa Melayu telah diupayakan, khususnya oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang menetapkan dasar pendidikan kebangsaan denganberteraskan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama. Pada tahun 1996, AktaPendidikan yang baharu, khususya dalam Seksyen 17, masih mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara. Selain daripada itu, satu lagi peristiwa penting yang berkaitan dengan usaha memartabatkan semula bahasa melayu ialah penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang letaknya di Bukit Timbalan, Johor Bahru serta Institut Bahasa dengan kampus pertamanya di Bukit Senyum, Johor Bahru sebagai hasil desakan rakyat melalui Kongres Bahasa dan persuratan Melayu Ketiga (1956).Kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagi bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata (umum dan khusus), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras sebutan. Jutaan pelajar lepasan sekolah aliran kebangsaan telah terhasil dan merekalah yang menjadi tonggak pembangunan modal insan negara dalam pelbagai bidang. Kesediaan kerajaan memenuhi tuntutan rakyat merupakan kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata(umum dan khusus), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras sebutan. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat peluang belajar dalam bahasa kebangsaan tanpa kekangan factor taraf sosioekonomi dan pengasingan etnik serta keeklusifan bahasa pengantar yang dahulunyadidominasi oleh bahasa inggeris. Jutaan pelajar lepasan sekolah aliran kebangsaan telah terhasil danmerekalah yang menjadi tonggak pembangunan modal insan negara dalam pelbagai bidang.Bahasa melayu sewajarnya dijadikan medium dalam pembentukan masyarakat yang idea di negaraini, terutamanya dalam kalangan pelajar.