MOHD UBAIDILLAH BIN OMAR's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Sebelum Merdeka : Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dan ia menunjangi pembangunan ekonomi Malaysia dan hubungan kaum sehingga 1990. Pada abad ke-20, British mula menyingkirkan penguasaan orang Cina dalam sektor perlombongan dan bidang komersil lain yang menguntungkan. Buruh India dan Cina dibawa masuk dalam bilangan yang besar untuk memajukan sektor perladangan getah dan bijih timah. Ia dengan sengaja membawa kepada ekonomi duaan iaitu dua keadaan ekonomi yang berjalan serentak dalam satu waktu. Kawasan pantai barat maju dengan tersedianya pelbagai kemudahan dan pantai timur pula menumpukan kepada tanaman sara diri. Bentuk ekonomi ini membawa faedah kepada kebanyakan orang Cina yang menetap di bandar. Orang Melayu terpinggir di luar bandar dengan kegiatan ekonomi sara diri (tanam padi dan buah-buahan). Ia disengajakan oleh British dengan harapan orang Melayu akan hasilkan tanaman untuk keperluan sendiri dan British juga tidak perlu mengimport beras dari luar. Keadaan ini membawa kepada kemunculan kelas petani atau komuniti Melayu luar bandar yang mengusahakan tanah. Pada abad ke-20 ini juga merupakan era yang menyaksikan perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu dan penglibatan bukan Melayu, khususnya kaum Cina dalam ekonomi milik British. Kaum India pula menyumbangkan tenaga yang besar dalam sektor perladangan dan sebilangan kecil dalam pentadbiran dan sebagai buruh kasar dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan orang Melayu pula adalah di luar bandar dan mereka yang berpendidikan bekerja makan gaji dalam sektor pentadbiran kerajaan. Hubungan Orang Melayu dengan India dari sudut ekonomi agak baik pada awal abad ke-20. Hubungan ini menjadi renggang pada 1930-an apabila orang India membuat tuntutan politik supaya mereka diberikan lebih banyak keistimewaan. Selepas Merdeka : Latar Belakang Perkembangan Ekonomi Malaysia dalam Kerangka Perlembagaan Merdeka 1957 menyaksikan dominasi politik Melayu diinstitusikan. Pada tahun 1955 dan 1956 UMNO, MCA dan MIC telah berkompromi dibawah satu persetujuan (social contract) yang dikenali sebagai “persetujuan bersejarah” (historic bargain). Melalui persetujuan ini orang Melayu bersetuju kewarganegaraan akan diberikan kepada orang bukan Melayu yang berkelayakan dan sebagai balasan bukan Melayu bersetuju mengakui hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan. Semua kompromi ini kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan 1957. Pada awal 1970, DEB diperkenalkan untuk menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Pembangunan ekonomi dan hubungan etnik telah tebahagi kepada Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) dan Kedua (1961-1965). Rancangan Malaya Pertama bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menumpukan kepada sektor luar bandar; Mempelbagaikan keluaran pertanian supaya negara tidak hanya bergantung kepada pengeluaran getah.. Menambahkan peluang pekerjaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Pada waktu ini tidak banyak wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan ekonomi. Hampir separuh dari perbelanjaan dihalakan kepada pertahanan dan keselamatan dalam negeri (bagi membendung ancaman komunis). DEB diharapkan dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan. DEB berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-1975; Ketiga 1976-1980; Keempat 1981-1985 dan Kelima, 1986-1990. Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi. Di samping memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan negara. Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi. Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai individu kepada kumpulan. Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi bagi tempoh 1991-2000. Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Malaysia kini : Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat tempoh Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB pada 1990. DPN yang termasuk dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) meliputi tempoh masa antara 1991-2000. DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke-21. Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB memang mempunyai banyak kelemahan. Di sini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti. Sebagai kesimpulannya, sejak dari pemerintahan kesultanan Melaka hingga ke hari ini, Malaysia terutamanya Semenanjung Tanah Melayu telah melalui banyak perubahan dari segi pembangunan ekonomi dan telah memberikanpengaruh kepada hubungan etnik serta kualiti kesamarataan dan keadilan pengagihan kekayaan negara kita. Agak berlainan dengan keadaan di Sabah dan Sarawak, pembangunan ekonomi tidak menimbulkan krisis hubungan etnik yang serius. Kaum-kaum di kedua-dua negeri ini masing-masing memainkan peranan dalam menentukan pola perusahaan. Disebabkan pola ini, maka telah berlaku sejak abad ke 18 di mana sistem pertukaran barang (Sistem Bater) di antara orang- orang darat yang mengusahakan sector pertanian dan orang- orang laut yang mengusahakan perikanan. Pembangunan ekonomi dan kesannya terhadap hubungan etnik di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor pemerintahan dan dasar yang dibuat sejak kesultanan Melaka, dasar Portugis, Belanda, British dan pihak kerajaan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Akibatnya, hubungan etnik di Malaysia menjadi sangat kompleks. Adakalanya membawa kepada tragedy yang tidak diingini. Kini, apa yang penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hendaklah memainkan peranan masing-masing ke arah meningkatkan lagi kemajuan diri dan ekonomi negara serta sedia bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan cara yang sihat disamping memelihara hubungan etnik di Malaysia agar kemakmuran dan keamanan negara dapat dikecapi dan terus terpelihara.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.

Comments

Chat