Mohammad Amir's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

Tuliskan esei sepanjang lebih kurang 1000 perkataan (3 muka surat A4 selang sebaris) tentang pengalaman harian anda dalam konteks hubungan etnik. Anda boleh menulis berdasarkan pengalaman anda di dalam peringkat usia yang berbeza, misalnya dari zaman kanak-kanak dan kemudiannya melangkah ke usia remaja, hinggalah ke masa kini. Di dalam esei ini, kenalpasti dan tonjolkan peristiwa-peristiwa khusus dalam kehidupan anda yang relevan dengan konsep-konsep dan perbincangan mengenai hubungan etnik yang telah dipelajari di dalam topik ini

 

Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka saling berhubungan dengan menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang berbeza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka memang tidak dapat dielakkan. Hal ini didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing.

 Tanpa disedari perlakuan saling kebergantungan ini terus diulang dan dalam tempoh yang lama menzahirkan hubungan berbentuk kesepaduan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat.
Hubungan baik yang terjalin antara individu atau kelompok yang berbeza latar belakang budaya, agama dan bahasa biasanya berlaku tanpa paksaan. Pengalaman harian yang terhasil daripada hubungan tersebut pula berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang lingkup yang luas seperti menerusi perkongsian dalam aspek makanan, kesenian dan media. Secara kebetulan ketiga-tiga aspek tersebut memainkan peranan penting dan memberikan impak yang besar sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses membina kesepaduan antara etnik. 

Apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai sebuah negara berdaulat dengan identiti nasional tersendiri, penubuhan ini diikuti dengan pembentukan satu bangsa Malaysia yang saling hormat-menghormati dan memahami dalam kalangan rakyatnya yang berbeza latar belakang budaya, bahasa, agama dan keturunan. Kesemua kumpulan etnik yang sedia ada diberi kebebasan mengamalkan cara hidup masing-masing termasuk perkara yang berkaitan dengan warisan budaya mereka seperti dalam aspek makanan. Kepelbagaian makanan yang merupakan warisan pelbagai etnik di Malaysia pada hari ini sebenarnya telah turut sama menyumbang kepada keunikan masyarakatnya. 
Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat.Malaysia yang bersifat pelbagai. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari dan seterusnya dimiliki bersama. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan tetapi juga sebagai satu daripada produk yang menarik dalam industri pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa. 
‘syurga makanan’ dengan tema Malaysian Cuisines merupakan salah satu asas kepada penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik yang turut membentuk identiti masyarakat Malaysia.

Dalam promosi tersebut nasi lemak sebagai contoh merupakan sajian yang popular di 
Malaysia kerana keenakannya dan nasi ini pula mudah disediakan. Nasi lemak yang pada asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini telah menjadi pilihan semua etnik di Malaysia. Bertitik tolak daripada menjadi hidangan sarapan pagi, namun kerana penerimaan meluas dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa, kini nasi lemak bukan sahaja untuk hidangan sarapan pagi tetapi boleh didapati sepanjang masa dan setiap hari. 
Nasi lemak yang pada satu ketika dahulu hanya dinikmati di rumah tetapi kini nasi lemak dapat diperoleh di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di gerai makanan, restoran malah di tempat makan yang eksklusif. Dalam konteks kesepaduan sosial sama ada disedari ataupun tidak nasi lemak berperanan memupuk kekuatan ikatan kesepaduan tersebut. Hal ini berlaku kerana pengalaman pelbagai etnik yang makan nasi lemak telah mengetepikan stereotaip bahawa nasi lemak adalah milik etnik Melayu, sebaliknya beranggapan nasi lemak sudah menjadi milik bersama. 
Pengalaman harian dalam aspek makanan yang memupuk kesepaduan sosial juga berlaku menerusi pengambilan jenis makanan popular etnik lain. Makanan daripada pelbagai jenis mi, sup, dim sum dan kuih pau misalnya, adalah antara makanan kegemaran etnik Cina tetapi makanan tersebut juga digemari oleh etnik lain di Malaysia. Begitu juga dengan makanan rojak, capati, tose dan pelbagai masakan berkari yang popular dalam kalangan etnik India dan beberapa jenis makanan daripada kalangan etnik di Sabah dan Sarawak seperti umai, ambuyat atau linut dan ayam pansuh menjadi kegemaran masyarakat pelbagai etnik yang secara tidak langsung menyumbang kepada kesepaduan sosial. 

Makanan merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia untuk memenuhi keperluan biologi dan sosiologi. Makanan berperanan menyatupadukan pelbagai etnik dalam sesebuah masyarakat dan sebaliknya makanan juga dapat membahagikan individu kepada kumpulan sosial tertentu dalam masyarakat. Penyatupaduan dan pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat khususnya masyarakat pelbagai etnik. 
Cara makan dan jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh individu atau kelompok masyarakat membentuk ruang sosial makanan kepada dua, iaitu ruang awam dan ruang bukan awam. Pembentukan kedua-dua ruang tersebut boleh memberi kesan tidak sihat ke atas hubungan antara etnik yang berbeza latar belakang budaya dan agama. Oleh itu penyesuaian dilakukan supaya membolehkan pelbagai etnik turut serta menikmati juadah yang disajikan dalam kedua-dua ruang sosial makanan tersebut. Rajah 9.1 menjelaskan fungsi kedua-dua ruang sosial makanan yang boleh dilakukan penyesuaian tanpa menjejaskan fungsi asal. 

Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis perkahwinan etnik Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik. Beraneka juadah disediakan supaya ada pilihan kepada tetamu yang tidak boleh makan juadah yang dilarang mengikut kepercayaan agama mereka. Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging lembu ialah makanan larangan kepada etnik India dan sebagai pilihan disediakan juadah daripada ayam dan kambing. Begitu juga sebaliknya jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam majlis yang diadakan oleh etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan mestilah halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam. Tindakan 
kolektif seperti ini menunjukkan tahap kefahaman dan sikap hormat- menghormati terhadap budaya dan agama etnik yang berbeza dan berlaku secara semula jadi yang seterusnya dapat mengeratkan ikatan kesepaduan sosial.

 

Dalam bentuk ruang awam yang lain, makanan terus menjadi simbol persahabatan dan keakraban yang begitu unik dikongsi bersama oleh pelbagai etnik di Malaysia. Semasa bulan Ramadan contohnya, bazaar Ramadan dan bufet Ramadan yang ditawarkan di hotel dan di restoran menyajikan makanan yang pelbagai gabungan antara masakan tradisi Melayu dan makanan antarabangsa. Pilihan sajian ini menarik minat masyarakat bukan Melayu untuk datang dan membeli makanan yang disediakan. 
Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, suasana berkenaan merupakan peluang untuk mereka merasai masakan tradisi Melayu yang digemari. Bulan Ramadan juga menyaksikan ramai rakan yang bukan beragama Islam menghadiri majlis berbuka puasa rakan Islam mereka, dan mereka turut memberi penghormatan menunggu sehingga waktu berbuka untuk makan bersama. Kesepaduan sosial yang terjalin, terus dapat dilihat dalam majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya dan perayaan etnik yang lain. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik akan berduyun-duyun datang menghadiri majlis tersebut sama ada yang dianjurkan oleh rakan atau jiran, jawatankuasa kawasan tempat tinggal mereka ataupun rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin ataupun jamuan rumah terbuka hari raya yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Majlis rumah terbuka yang melibatkan pelbagai etnik ini sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk bertegur sapa, beramah mesra, bertanya khabar dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. Suasana ini dapat memupuk sikap bertoleransi antara satu sama lain kerana dengan mengadakan sesuatu majlis, mereka akan mengajak jiran dan kenalan tanpa mengira taraf, status atau keturunan masing-masing. 

 

(a)   Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya? (minimum 200 patah perkataan)

Saya dilahirkan dan membesar dalam lingkungan kelompok etnik yang sama  sejak saya kecil lagi iaitu di kawasan perkampungan yang terdiri daripada kaum Melayu dan segelintir kecil kaum Siam. Apabila umur saya menjangkau 6 tahun, saya mendapat pendidikan awal di TADIKA KEMAS. Dari situlah bermulanya saya bercampur gaul kenalan dari pelbagai bangsa dan etnik sehinggalah mendapat pendidikan tinggi di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) . Jadi, hal ini menjadikan saya seorang tipis batas etniknya kerana keadaan ini menyebabkan perasaan ingin tahu lahir dalam hati saya untuk mengetahui secara terperinci berkenaan etnik-etnik lain fokusnya dalam Malaysia. Mempunyai kenalan yang berbeza kaum amat menarik minat kerana boleh bertukar-tukar selera dalam budaya pemakanan dan sebagainya. 

 

(b)   Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami?  (minimum 200 patah perkataan)

Keadaan ini saya alami semasa saya serumah sewa dengan seorang pelajar bukan islam. Beliau berasal dari kaum Orang Asli. Saya sering kali memohon bantuan tunjuk ajar beliau dalam pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila tiba bulan puasa, beliau menghormati ahli rumah yang lain dan tidak makan sesuka hati di hadapan rakan-rakan lain malah beliau duduk semeja untuk berbuka puasa bersama-sama. Saya kagum dengan penghormatan beliau pada bangsa Melayu sedangkan kami berbeza kaum dan etnik. Seperti kita ketahui, juadah aneka bulan puasa sangat istimewa terutamanya kuih-muih. Beliau mencuba beberapa jenis kuih. Walaupun kami berbeza bangsa dan adat resam namun kami boleh hidup harmoni dalam sepanjang tempoh yang panjang.

 

(c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri?  (minimum 200 patah perkataan)

Autoriti menjelaskan bahawa realiti sosial yang menjadi struktur asas kuasa dominan dalam negara. Manakala, definisi harian adalah realiti sosial yang dialami oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Autoriti di negara ini telah mendedahkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mendekati dan mempelajari budaya-budaya lain yang terdapat 3 golongan bangsa besar di negara kita terutamanya iaitu Melayu, Cina dan India.

 

(d) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini?  (minimum 200 patah perkataan)

 Saya mengambil contoh keadaan sekeliling yang pernah saya alami, saya duduk serumah dengan kawan yang berlainan agama di rumah sewa, jadi saya dan dia berkongsi cerita mengenai adat resam kaum masing-masing. Adat yang baik dijadikan amalan, serta sifat hormat menghormati itu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam membina persahabatan sehinggalah sekarang walaupun kini kami tidak lagi sebumbung, namun persahabatan kami masih lagi kuat bersatu.   Aktiviti perkongsian budaya dan cara hidup mengikut kaum harus dilaksanakan kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pemakanan, pemakaian dan juga permainan. Hal ini dapat mengeratkan persahabatan.

 

 

2. Rangkakan satu pelan tindakan bagi merancang langkah-langkah praktikal yang boleh anda lakukan di dalam memainkan peranan sebagai seorang agen penyatupaduan di dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Gambarkan pelan tindakan anda dalam bentuk lakaran/jadual atau apa-apa bentuk audio-visual yang sesuai dan kongsikan di ruangan komen.  (minimum 200 patah perkataan)

a)Tidak menyentuh tentang sensitiviti sesuatu kaum di tempat umum terutama di hadapan rakan yang berlainan bangsa.

b)Menyertai program yang melibatkan semua kaum seperti sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

c)Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kaum lain untuk memahami budaya kaum lain dengan melalui berkomunikasi dengan mereka.

d)Mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi ke rumah kawan yang berlainan bangsa pada musim perayaan.

e)Menjaga hubungan baik dengan semua orang tidak kira dimanapun terutama rakan-rakan yang sering kita jumpa.

f)Menyertai dan melibatkan diri dalam pelbagai program dan aktiviti anjuran kolej mahupun fakulti yang menampilkan kerjasama pelbagai etnik lain.

g)Menyertai Program Anak Negeri yang boleh mengeratkan hubungan antara kaum dalam negeri saya sendiri iaitu Negeri Sembilan.

h)Keluar bersama rakan berlainan bangsa seperti keluar bersama rakan-rakan Sabah untuk mengeratkan hubungan dan mengajak mereka pulang ke kampung halaman kita untuk merasai pengalaman kehidupan kita.

i)Menyertai program kemasyarakatan seperti pergi melawat rumah orang tua.

j)Bersikap terbuka dan menerima kekurangan etnik yang berlainan.

k)Menghakis sikap prejudis terhadap kaum lain dengan membuang pemikiran negatif terhadap mereka dan menjaga perasaan mereka

Comments

Chat