Farah Nur Izuwani Bt Muhamadi Saifulizan's 9.A1 : AKTIVITI 1 - OpenLearning

Soalan 1

Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.
Pendidikan adalah asas penyatuan masyarakat berbilang bangsa dan agama. Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui sejarah yang panjang dan akan terus berkembang demi mencapai matlamat pembinaan sesebuah identiti nasional. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi menyediakan ruang fizikal dan sosial di mana pelajar-pelajar berbilang bangsa dan agama saling mengenali dan belajar untuk hidup bersama secara harmoni. Walaubagaimanapun, sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa sejarah perkembangannya di mana sistem pendidikan bermula pada zaman pemerintahan British sebelum merdeka yang lebih bersifat perkauman. Berdasarkan video, terdapat pelbagai ciri-ciri utama pendidikan di Malaysia. Ciri utama sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka iaitu pendidikan semasa pemerintahan British (1824-1957) ialah tiada sistem pendidikan yang bersepadu. Setiap kaum telah menubuhkan sekolah masing-masing atau lebih dikenali sebagai sekolah vernakular. Sekolah vernakular ialah di mana sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris mempunyai bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru yang dilantik sendiri. Kanak-kanak berbilang kaum tidak belajar bersam-sama kecuali mereka yang bersekolah di Sekolah Inggeris. Ciri seterusnya ialah pada zaman selepas kemerdekaan (1957-1970). Pendidikan selepas kemerdekaan ialah di mana bermulanya usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan yang berupaya memupuk perpaduan dan mempunyai ciri-ciri nasional serta menjamin peluang pendidikan tanpa mengira kaum dan agama. Antara usaha yang telah dilakukan adalah pengklasifikasikan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) diwajibkan mengantar Bahasa Melayu. Selain itu, usaha lain yang dilakukan ialah memansuhkan yuran persekolahan di semua sekolah rendah bantuan kerjaan pada tahun 1962. Tambahan lagi, terdapat juga pembangunan pendidikan dalam Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Pembangunan pendidikan pada masa itu menekankan usaha membina keharmonian dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Selain itu, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar diperteguhkan. Peluang pendidikan di kawasan luar bandar juga telah diperluaskan serta Universiti Kebangsaan Malaysia yang pertama ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai laluan pendidikan tinggi untuk lepasan sekolah Melayu. Disamping itu juga, Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1979 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) terbentuk pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirangka pada tahun 1988 sebagai panduan dan mengukuhkan sistem pendidikan. Pembangunan Pendidikan dalam Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) pula ialah sistem pendidikan perlu berkembang seiring cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Sistem pendidikan pra sekolah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dipinda bagi membolehkan penubuhan lebih banyak institusi pendidikan tinggi swasta. Kesimpulannya pada zaman kini, Sistem Pendidikan Di Malaysia diperkemas sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat. Terdapat banyak penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam perundangan, dasar dan program utama. Dalam sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia, penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004 ialah perubahan paling signifikan. Hal ini kerana, KPM diberi tanggungjawab dalam pembangunan pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru di sekolah.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.
Berdasarkan Sistem Pendidikan di Malaysia kini telah banyak mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama. Ciri-ciri pendidikan ini mempengaruhi perhubungan pelajar antara kaum sejak dari kecil iaitu bermula dari prasekolah. Pengajian tadika bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini, sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Oleh itu, perpaduan kaum telah dipupuk sejak mereka kecil dengan cara pergaulan di sekolah sehingga pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Penggunaan Bahasa Melayu bukan untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk semua rakyat di Malaysia, maka sewajarnya semua rakyat yang mengaku diri mereka sebagai rakyat Malaysia memastikan kelangsungan pelaksanaan bahasa Melayu di dalam penggunaan bahasa seharian mereka. Rancangan televisyen termasuk iklan, drama, filem dan lain-lain yang mengetengahkan konsep perpaduan antara kaum di negara ini wajar digalakkan dan diberi perhatian. Usaha memberikan keutamaan atau menjadikan perpaduan sebagai tema patut dipuji apatah lagi dengan penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu. Cara ini merupakan satu jalan mudah untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya memupuk nilai kesepaduan dalam diri masyarakat di Malaysia. Akhir sekali pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kini lebih selesa untuk bergaul dan belajar bersama-sama di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah serta saling hormat-menghormati sesama yang lain. Sebagai contoh, kita boleh lihat di sekolah atau pun di Universiti di Malaysia, pelajar-pelajar diajar nilai-nilai murni untuk menghormati keunikan kaum dan agama yang lain. Tambahan itu juga, tiada program atau aktiviti seperti sukan, akademik dan sebagainya yang di asingkan mengikut kaum atau agama. Hal ini kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kerana semua pelajar akan turut menyertai dan belajar bersama-sama. Oleh itu, Sistem Pendidikan di Malaysia yang menjadi asas penyatuan masyarakat berbilang bangsa dan agama haruslah dikekalkan dan diperteguhkan lagi dari masa ke semasa.

Comments

Chat