Nur Qamarina Azra Binti Abdullah's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Antara salah satu cara untuk memupuk semangat hubungan antara etnik ialah dari segi penulisan sesebuah buku. Hal ini demikian kerana, kandungan isi dalam buku teks amatlah membantu bagi memupuk hubungan etnik yang kian pudar akibat arus kemodenan. Nilai-nilai murni yang dahulunya menjadi wadah kehidupan masyarakat berbilang kaum haruslah disampaikan dengan cara yang betul agar setiap individu dapat menerapkan dalam diri masing-masing lantas dapat menaikkan lagi semangat cintakan akan negara kita iaitu Malaysia.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Semua masyarakat di Malaysia tentunya mengetahui bahawa industri hiburan merupakan salah satu medium pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Industri-industri sebegini memapar atau menyebarkan budaya serta intipati sesuatu aktiviti etnik tertentu di kaca televisyen, media cetak mahupun media massa. Dengan itu, etnik lain akan dapat memahami segala warisan tradisional antara etnik yang mempunyai ciri-ciri tersendiri dan unik. Biar kita lihat contoh konsert-konsert sempena Hari Kemerdekaan, rakyat berbilang etnik meraikannya bersama-sama penuh dengan semangat kekitaan. Hal ini terbukti ia sememangnya dapat merapatkan rakyat Malaysia.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Apresiasi seni dapat menjelaskan lagi budaya sesebuah kaum di mana ia banyak mempengaruhi bagi mengenal pasti budaya dan norma kehidupan seharian sesebuah kaum. Dari segi seni suara kita dapat menghayati ritma dan loghat yang berbeza bagi setiap negeri dan ini juga dapat menunjukkan bahawa keunikan kebudayaan yang ada pada sesebuah masyarakat yang pelbagai budaya di Malaysia ini. Alpresiasi seni akan dapat menaikkan nama negara kita kerana kita memiliki masyarakat yang pelbagai kaum secara tidak langsung menyebabkan keunikkan ini lebih menrik perhatian negara luar.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Pihak kerajaan perlu menerangkan kepada masyarakat tentang isu-isu sensitive tentang perkauman yang boleh menyebabkan pergaduhan antara kaum tercetus. Sifat-sifat negatif seperti prejudis dan stereotaip perlulah dikawal kerana ianya dapat mempengaruhi pelbagai pihak yang ingin menganggu gugat keharmonian yang di kecapi oleh negara pada masa kini. Sikap individu yang menjadi pemimpin masyarakat juga perlu dikawal agar tidak melebih lebih untuk menentang kerajaan dan terjadinya diskriminasi yang dapat menjarakkan jurang hubungan perpaduan kaum di Malaysia. Pihak berwajib perlu menangani setiap unsur unsur fahaman negatif, kerana dari fahaman ini ianya boleh merebak pantas dengan adanya teknologi sosial masa ini.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi parti politik sekarang lebih cenderung kepada perpaduan. Hal ini dapat dilihat pada Barisan nasional yang terdiri daripada parti Melayu, Cina dan India. Selain itu, pakatan rakyat turut dianggotai oleh wakil pelbagai kaum. Hal ini membuktikan bahawa parti politik kini mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan kaum tetapi mempunyai pandangan yang berlainan seperti yang dilihat dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


NGO di Malaysia lebih cenderung kepada polarisasi kaum. Ianya kerana ingin menjaga kepentingan dan budaya sesebuah kaum itu sendiri agar tidak hilang dimamah arus kemodenan. Dari segi lain nya NGO ini dapat bertindak sebagai ejen perpaduan dalam masyarakat kerana mereka ini boleh berkerjasama dan saling membantu walaupun berlainan kaum dan budaya.Di mana melalui polarisasi kaum ini secara tidak langsung ia ke arah mengeratkan perpaduan sesama kaum.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Tradisi masyarakat Malaysia perlulah dijaga kerana dapat memupuk persefahaman antara pelbagai etnik dan kaum.Permainan tradisional seperti gasing, wau dan congkak memupuk persefahaman antara pelbagai etnik. Dengan permainan tradisional, anak-anak remaja berpeluang memahami dan menikmati pelbagai permainan kaum lain. Dengan itu, perlahan-perlahan permainan atau budaya tersebut tersemat dalam remaja. Dengan itu, permainan tradisional menjadi faktor pertembungan antara kaum yang lain apabila remaja berlainan kaum bermain bersama. Ini dapat memupuk pertalian erat antara remaja-remaja yang berlainan kaum.

Comments

Chat