Afiq Syafiq's 4.A2 : LATIHAN 2 - OpenLearning

Soalan 1

Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibat
Berdasarkan tayangan video. saya dapati ia merumuskan tentang Dasar Ekonomi Baru. Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan ke atas pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang pesat pada purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik. Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. Faktor utama yang telah mengakibatkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 adalah kerana faktor kemiskinan . Wujud satu keadaan kemiskinan relatif antara kaum. Maka satu dasar diperkenalkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan yang wujud antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru dirangka untuk 20 tahun iaitu 1970-1990 yang merangkumi 4 Rancangan Malaysia iaitu RM2 hingga RM5. Merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) dalam pembangunan negara. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. DEB menekankan pencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus.• DEB menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, iaitu menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus. Rasional Kemiskinan di kalangan penduduk tinggi. Wujud jurang perbezaan dalam taraf hidup antara kaum, bandar dan luar bandar. Pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi. Cetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Objektif DasarUntuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:–Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum–Membasmi pengenalan kaum mengikut jenis aktiviti ekonomi. Rangka Strategi kebanyakan strategi pembangunan luar bandar telah memasukkan program pembasmian kemiskinan seperti tanah baru dan pembangunan in-situ; peruntukan bagi infrastruktur saliran dan pengairan; setinggan. Perkhidmatan sokongan pertanian; menggalakkan pembangunan industri kampung/kecil; infrastruktur luar bandar termasuk jalanraya, eletrik dan air; dan perkidmatan sosial seperti kesihatan, sekolah, bantuan makanan dan penempatan semula Strategi ialah memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KEJORA dan JENGKA. Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khusus orang Melayu melalui pendidikan, latihan , kesihatan dan kemudahan infrastruktur. Mewujudkan kelas peniaga, pedagang dan pengusaha Melayu serta menambahkan pemilikan modal (30%) mereka dalam sektor syarikat.

Soalan 2

Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.
Saya berasa sedih kerana, walaupun ekonomi berkembang pesat pada purata tahunan 6.0 peratus, namun terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik. Ini seterusnya memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969. Faktor utama yang telah mengakibatkan tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 adalah kerana faktor kemiskinan . Wujud satu keadaan kemiskinan relatif antara kaum. Maka satu dasar diperkenalkan bertujuan untuk membasmi kemiskinan yang wujud antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia.

Soalan 3

Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?
falsafah yang diwujudkan oleh negara dapat memastikan negara dalam keadaan stabil apabila kestabilan sosiopolitik semua kaum semakin pulih.

Comments

Chat