1. Apakah misi utama aktiviti kemasyarakatan mereka ini?
Misi mempromosi secara meluas pasukan Sukarelawan DT sebagai pasukan yang bersedia melakukan aktiviti kesukarelaan hingga keperingkat akar umbi. Meningkatkan kerjasama antara semua pihak untuk mengembeling tenaga dalam aktiviti kesukarelaan. Membangunkan generasi baru yang berjiwa murni, siap sedia membantu kepada yang memerlukan. Membentuk pasukan remaja yang berketerampilan sebagai sukarelawan hingga keperingkat antarabangsa.
2. Adakah misi mereka tercapai dan kenapa?
Menyediakan pasukan sukarelawan di kalangan remaja /belia khasnya untuk meningkatkan semangat patriotik yang tinggi serta berkemampuan memberikan perkhidmatan pada bila-bila masa dan dimana-mana. Menyediakan individu sukarela secara berpasukan yang akan menyemarakkan aktiviti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Menyediakan pasukan sukarelawan yang berkebolehan memberikan perkhidmatan sukarela kepada masyarakat setempat. Meningkat perhubungan antara golongan remaja dan belia masyarakat dan NGO tempatan yang terdiri dari pelbagai kaum dalam mengembeling tenaga sukarela sebagai tugas kebajikan