Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Penjajah British melaksanakan dasar pecah perintah dengan mengasingkan etnik mengikut komuniti masing-masing. Etnik yang berlainan mempunyai sekolah vernacular masiing-masing yang mengamalkan Bahasa ibunda sebagai Bahasa pengantar. Hal ini wujudnya komuniti Melayu menerima persekolahan secara tidak formal iaitu sekolah pondok yang menekankan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar. Kedua, sekolah vernacular Melayu yang lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran perkara asas seperti membaca, menulis , mengira untuk kehidupan luar bandar. Manakala komuniti Cina dan India mempunyai sekolah vernacular Cina dan sekolah vernakular India. Akan tetapi, selepas kemerdekaan, Laporan Razak 1956 telah dijadikan Dasar Pendidikan Pertama di mana lebih menumpukan kepada matlamat perpaduan antara kaum di Malaysia. Antaranya adalah Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah, manakala Bahasa ibunda etnik lain masih boleh digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan dan penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan yang sama. Pendidikan yang diamalkan pada zaman sekarang mula mencapai transformasi reformasi secara beransur-ansur. pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah , Kurikulum Baru Sekolah Menengah, pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik yang menglibatkan pelbagai etnik tidak mengira latar belakang.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Kesan dari dasar pecah perintah yang diketengahkan british, pendidikan di kalangan rakyat Malaysia ketika itu tidaklah begitu meluas dan terhad kepada golongan ertentu sahaja,hal ini demikian menyebabkan hubungan antara kaum tak dapat disepakati dan dicapai kemakmuranya. Setelah perubahan demi perubahan setelah kemerdekaan sistem politik negara menjadi lenih tersusun dan perhbungan antara kaum dapat dieratkan. Kini semua warga Malysia tidak kira kaum, agama, bangsa dan negara berhak mendapat pendidikan sejak peringkat awal lagi bermula dengan tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, universiti dan sekolah teknik.