nurul syafiqah amiza binti mohd aminuddin's 3.A3 : Aktiviti 3 - OpenLearning

No. 

Tajuk

Bidang

Laporan/Catatan ringkas

1

Perubatan tradisional

Kesihatan

Di Malaysia, terdapat pelbagai rawatan tradisional yang disediakan yang dapat digunakan oleh seluruh masyarakat tanpa mengira kaum. Kaum Melayu terkenal dengan penggunaan tumbuh-tumbuhan semula-jadi atau herba. Selain itu, oleh kerana majoriti masyarakat Melayu menganut agama Islam, maka terdapat juga pakar perubatan Islam seperti Darussyifa'.

 

Kaum Cina pula sangat terkenal dengan rawatan akupunktur iaitu rawatan yang menggunakan jarum-jarum halus dan dicucuk di titik khusus di badan bagi melegakan penyakit. Kaum Cina juga turut menggunakan herba tertentu seperti cendawan.

 

Kaum India pula terkenal dengan rawatan Ayurveda, Siddha, dan Kappa.

2

Sukan tradisional mengikut kaum

Sukan dan rekreasi

Sukan tradisional sangat digemari di dalam masyarakat tanpa mengira etnik.

 

Kaum Melayu sangat terkenal dengan permainan seperti batu seremban, congkak, sepak raga, gasing dan wau.

 

Kaum Cina pula terkenal dengan Mahjong, Go, Yo yo cina dan Xiang Qi.

 

Manakala, permainan tradisional kaum India pula Kabadi, Chaturanga dan Kho Kho.

3

Amalan pantang larang selepas bersalin

Adat resam

Urutan cara tradisional Melayu selepas bersalin untuk menggalakkan peredaran darah dan mengelakkan rahim dari kendur. Berurut selepas bersalin dilakukan sekurang-kurangnya 6 hingga 7 kali sepanjang tempoh berpantang. Urut membantu memperbaiki aliran darah melalui otot, melancarkan peredaran, membuat ibu-ibu yang baru melahirkan merasa lebih segar dan sehat. Urut juga membantu membakar lemak badan.

 

Manakala, bagi kaum Cina pula, jika ibu-ibu yang baru melahirkan bertegas untuk mandi atau membasuh rambut, mereka dibenarkan mandi dengan air rebusan herba yang dibuat khas dari bahan-bahan yang boleh memanaskan badan. Mandi perlu dengan air panas dan hanya pada waktu siang saja. Sebaik sahaja keluar dari bilik mandi, mesti minum wain (DOM atau wain halia) untuk memanaskan badan dan mengelakkan ‘angin’ daripada memasuki tubuh.

 

Bagi kaum India, Sama seperti orang Melayu dan Cina, orang India percaya bahawa amalan berpantang yang betul boleh membantu untuk mencegah masalah kesihatan apabila meningkat tua. Tempoh berpantang orang India juga adalah antara 30 hingga 40 hari.

Amalan berpantang orang India juga memastikan rahim mengecut kembali ke saiz asal dan ‘luka’ dalaman sembuh dengan sempurna.

Mandi herba diamalkan dengan menggunakan pelbagai jenis daun untuk meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keletihan.

‘Omam’, yang merupakan sejenis rempah, disapu di seluruh badan untuk membersihkan dan melembutkan kulit, serta untuk melegakan sakit.

4

Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian 

Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan

Kelahiran anak juga merupakan suatu peristiwa yang penting dalam kalangan kaum India. Setelah bayi itu dilahirkan, si bapa akan memberitahu saudara mara dan sahabat handai tentang kelahiran tersebut secara lisan atau melalui sura . Pada masa kini, banyak lagi alat komunikasi yang boleh digunakan. Selama enam belas hari, bermula bayi dilahirkan, keluarga itu dianggap tidak suci. Suatu upacara diadakan pada hari yang keenam belas untuk merasmikan penamaan anak itu. Pada hari itu, rumah dan buaian dihiasi dan kenduri khas diadakan untuk para jemputan. Nama yang akan diberi kepada bayi itu biasanya dipilih dengan teliti setelah merujuk kepada takwim Hindu dan menentukan bintang hari kelahirannya. Nama yang diberikan kepada bayi itu bermula dengan huruf yang bersesuaian dengan bintang tersebut. Waktu memberi nama, bayi itu dipangku oleh orang-orang tua bergilir-gilir dengan iringan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh kaum wanita. Saudara mara yang datang biasanya menghadiahkan gelang tangan dan gelang kaki.  Pada suatu hari yang sesuai (misalnya hari yang ketiga puluh) bayi itu dibawa ke rumah berhala yang mana satu majlis kesyukuran dan doa selamat diadakan.

 

Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

 

Bagi kebanyakan masyarakat Melayu, wajib bagi mereka menuruti kaedah pengkebumian berasaskan garis panduan al-Quran dan as-Sunnah dan diselitkan dengan sedikit adat-adat kemelayuaan. Pertamanya,semasa berlakunya kematian, keluarga si mati akan menghebahkan kematian kepada imam atau siak yang berada di masjid seterusnya masyarakat sekitar. Hal ini bertujuan mendapatkan pertolongan daripada orang yang lebih arif untuk menguruskan jenazah si mati. Di samping itu,untuk menghebahkan kematian si mati.

5

Makanan/Minuman tradisional

Makanan; Budaya

 Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

 

Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.

 

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai.

6

Perjuangan kemerdekaan

Politik

Perjuangan orang Cina lebih kepada pergolakan politik di negara China kerana ramai dalam kalangan mereka masih menganggap negara China sebagai tanah air mereka. Faktor yang mempengaruhi semangat nasionalisme orang China ialah Gerakan Revolusioner yang berlangsung di negara China. Pengaruh Parti Kuomintang dari negara China yang memperjuangkan semangat penyatuan negara China serta pengukuhan negara melalui perindustrian dan pemodenan. Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1930 yang bermatlamat menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.

 

Perjuangan politik orang India di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada pergolakan politik di India. Hanya selepas perang beri tumpuan kepada politik di Tanah Melayu. Pada peringkat awal, tertumpu kepada pertubuhan bercorak sosial dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India. Faktor pencetus nnasionalisme dalam kalangan orang India ialah kegiatan antikolonial dalam kalangan orang Punjabi. Pengaruh parti parti kaum India yang bertujuan membela nasib kaum India.

 

Wujudnya nasionalisme tahap politik dalam masyarakat Melayu ekoran tekanan dari bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada 1920-an. Parti- partipolitik ditubuhkan untuk memperjuangkan konsep "Tanah Melayu untuk Orang Melayu“. Golongan lebih radikal telah menubuhkan Kesatuan MelayuMuda (KKM) pada tahun 1938 memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dan penyatuan dengan Indonesia untuk membentuk "Melayu Raya“

7

Pemodenan dan pembangunan negara

Politik; Sosio-Ekonomi

 Peranan orang Cina dalam mengembangkan dan memesatkan ekonomi negara adalah antara sumbangan mereka yang terpenting. Hal ini telah diakui sejak awal-awal kedatangan golongan imigran Cina. Misalnya, Sir Francis Light (seorang pegawai atasan British yang mengasaskan Pulau Pinang sebagai jajahan British) pernah mengatakan pada tahun 1794 bahawa orang Cina adalah antara aset terpenting jajahan mereka kerana ketekunan mereka serta kebolehan mereka menguasai pelbagai bidang. Beliau juga dilaporkan berkata bahawa orang Cina ialah penduduk yang dapat menjana pendapatan tanpa perbelanjaan dan usaha luar biasa kerajaan British.

 

Comments

Chat