Siti Nur Idayu Sabri's 8.A3 Aktiviti 3: Peranan Agama, Budaya dan Ekonomi - OpenLearning

1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.


Agama ialah ajaran yang menyeru kepada kebaikan. Dalam dunia ini, tiada satu agama pun yang mengajak penganutnya ke arah kejahatan. Agama membentuk nilai moral yang baik dalam setiap diri penganutnya. Budaya ialah amalan turun-temurun nenek moyang. Budaya melambangkan identiti dan jati diri sesebuah etnik. Dengan budaya, kita dapat membezakan etnik yang berlainan.

2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.

What is the answer to this other question?
Ekonomi ialah sumber pendapatan. Ekonomi boleh menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Seperti yang kita lihat semasa Malaysia baru dibentuk, jurang antara kaum wujud kerana perbezaan ekonomi terutamanya Cina dan Melayu. Masyarakat Cina pada masa itu telah pun maju manakala Melayu masih lagi hidup dalam kemiskinan. Hal ini mewujudkan jurang yang besar antara kaum. Kaum cina tinggal di bandar. Kaum melayu tinggal di luar bandar. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah menubuhkan Dasar Ekonomi Baru.

Comments

Chat