NOR HIDAYAH AHMAD KAMAL's 9.A2 : AKTIVITI 2 - OpenLearning

Soalan

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Malaysia terdiri daripada kaum yang berbilang. Sebagai contoh, kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan hari ini adalah untuk merealisasikan aspirasi negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum. Pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda. Peranan pendidikan merupakan salah satu aspek penting membina kesepaduan sosial. Berdasarkan pengalaman saya, terdapat pelbagai kaedah yang telah dilakukan oleh negara kita melalui pendidikan. Antaranya ialah Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Bahasa Malaysia adalah medium penting di Malaysia, oleh itu Bahasa Malaysia digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman antara satu kaum dengan satu kaum yang lain dapat mewujudkan rasa tidak curiga dalam kalangan murid. Seterusnya, sekolah wawasan. Sekolah wawasan telah menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum untuk berinteraksi. Mereka dapat berkongsi kantin, padang permaianan dan pelbagai kemudahan lan bersama-sama. Berdasarkan pengalaman saya, kewujudan sekolah ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk saling mngenali dan memahami antara satu sama lain, bertoleransi dan hormat-menghormati budaya dan agama kaum lain. Selain itu, pendidikan di Malaysia menggunakan kurikulum yang sama. Berdasarkan pengalaman saya, usaha ini dapat membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, akal, emosi dan dapat melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Selain memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik, dekatan ini juga mampu mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis. Semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi serta moral para pelajar. Akhir sekali, penggunaan sukatan pelajaran yang seragam. Sukatan pelajaran di ,negara kita mengandungi isi kandungan yang disyorkan oleh Penyata Razak. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan kerana dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati dan ini membuatkan para pelajar setiap kaum di Malaysia mempunyai pandangan dunia (world view) yang hamper sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman antara kaum. Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman saya, banyak pendekatan yang dijalankan di Malaysia melalui pendidikan yang mampu menyatupadukan masyarakat di negara kita. Perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus diberi perhatian. Pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi kesejahteraan negara. Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada keharmonian dan kestabilan negara, bak kata pepatah ‘bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’

Comments

Chat