Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Ciri utama sistem pendidikan di Malaysia pada zaman sebelum merdeka iaitu semasa pemerintahan British pada (1824-1957) adalah tiada sistem Pendidikan yang bersepadu . Setiap kaum menubuhkan sekolah masing-masing yang dikenali sebagai Sekolah Vernakular . British telah menubuhkan 4 buah sekolah vernakular iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina, dan Sekolah Tamil yang menempatkan kaum-kaum ini mengikut sekolah masing-masing dan mewujudkan jurang antara kaum. Sekolah Melayu , Cina dan Tamil dan Inggeris mempunyai Bahasa pengantar , kurikulum , buku dan guru yang dilantik sendiri .Kanak-kanak berbilang kaum tidak belajar bersama-sama , kecuali mereka yang bersekolah di sekolah Inggeris . Manakala, ciri sistem pendidikan selepas merdeka iaitu pada tahun (1957-1970) pula merupakan permulaan kepada kewujudan sistem pendidikan yang berusaha memupuk perpaduan kaum dan mempunyai ciri nasional. Lebih-lebih lagi, peluang pendidikan juga dijamin tanpa mengira kaum dan agama. Hal ini dapat dilihat dengan adanya pengklasifikasikan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), di mana bahasa melayu adalah bahasa pengantar di SK manakala di SJK bahasa melayu merupakan subjek yang wajib diambil.Ini dapat dilihat daripada laporan Razak 1955 dan laporan Rahman Talib 1960 yang mengemukakan usul memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan . Selain itu, memansuhkan yuran persekolahan di semua sekolah rendah sebagai bantuan kerajaan pada tahun 1962. Seterusnya, Dalam era dasar ekonomi baru,pada tahun (1971-1990) pula terdapat pembangunan Pendidikan menekankan usaha membina keharmonian dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.penggunaan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar diperteguhkan. Selain itu, peluang pendidikan di kawasan luar bandar juga diperluaskan. Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 sebagai laluan pendidikan tinggi untuk lepasan sekolah melayu manakala Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1979 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Hasilnya kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) terbentuk pada 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1989. Sistem pendidikan telah berkembang menjadi Pembangunan Pendidikan dalam Era Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991 hingga 2000. Ciri utamanya ialah sistem pendidikan perlu bekembang secara seiring cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Misalnya, sistem pendidikan pra sekolah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta. Disamping itu, Akses Pendidikan Tinggi ditingkatkan melalui penubuhan lebih banyak universiti awam, kolej universiti, kolej matrikulasi, kolej komuniti, kolej swasta dan universiti swasta. Ciri sistem pendidikan dan Era Dasar Wawasan Nasional (2001-2020) berteraskan globalisasi, Liberalisasi dan perkembangan ICT di samping menyahut cabaran untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan, cekap dan berdaya saing. Modal Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 sehingga 2010 telah diwujudkan dengan matlamat untuk memastikan semua warganegara mempunyai peluang dari segi akses, ekuiti dan kualiti untuk menduduki pendidikan formal selama 12 tahun manakala Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) pula menggariskan enam teras yang mencerminkan objektif misi nasional, iaitu membina negara bangsa,membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.penyatuan semua kaum dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar untuk memudahan interaksi antara kaum. Selain itu, dengan adanya Falsafah Pendidikan yang bermatlamatkan sama rata dengan tidak menyisihkan kaum, darjat dan agama dapat membantu dalam meningkatkan lagi perkembangan pendidikan di Malaysia pada masa ini, kesan yang dapat dilihat pada era ini menunjukkan bahawa pendidikan pada masa ini membawa kepada anjakan paradigma yang proaktif dalam sistem pendidikan. Secara tidak langsung, ini mampu mewujudkan hubungan perpaduan antara pelajar. Selain itu, sekolah kebangsaan yang mempunyai pelajar berbilang kaum dan agama dapat mewujudkan interaksi antara kaum melalui aktiviti yang dianjurkan di sekolah. Peluang ini juga membolehkan pelajar mempelajari sesuatu yang baharu misalnya dari segi bahasa yang mampu menjadi nilai tambah dalam diri mereka serta mengenali lebih dekat budaya serta adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, pendekatan ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Pelajar-pelajar berlainan kaum dan agama kini lebih selesa duduk bersama dan tahap sosioekonomi semakin meningkat. Kita dapat lihat perubahan yang ketara ini daripada sambutan hari perayaan. Pada ketika itu, sebagai rakan sekelas atau kenalan semua pelajar akan diberikan hari bercuti untuk bersama rakan-rakan yang menyambut perayaan tersebut, tanpa mengira kaum atau agama. Di sekolah atau pun Universiti di Malaysia, pelajar-pelajar diajar untuk hidup dalam kelompok yang berbilang kaum. Tiada aktiviti-aktiviti yang di asingkan mengikut kaum atau agama, semua pelajar turut menyertai dan belajar.