NIK SHAIFULLAH's 8.A9 Aktiviti 9: Peristiwa 13 Mei - OpenLearning

“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?

What is the answer to this question?
Peristiwa 13 Mei berlaku kerana kesepaduan sosial yang goncah dan tidak stabil ketika itu. Malaysia merupakan negara multietnik yang sangat memerlukan toleransi dan kesepaduan sosial dalam mengekalkan keamanan negara. Sebagai seorang pelajar juga mungkin bakal pemimpin kepada orang lain di masa hadapan atau sekarang, peranan dalam mengukuhkan kesepaduan sosial di Malaysia amat penting. Seorang pelajar universiti awam yang diklasifikasikan sebagai insan terpelajar yang tidak memainkan peranan mengukuhkan kesepaduan sosial malah merosakkan dan menggoncangnya akan membuat orang lain terpengaruh dan mengikuti langkah si penggoncang kesepaduan sosial Malaysia. Perkara ini akan menimbulkan perasaan benci, prejudis, etnosentrik dan sebagainya dalam jiwa masyarakat sekeliling terutama anak kecil. Seorang pelajar di alam serba mode dengan pelbagai jenis media sosil dapat mempengaruhi dan menimbulkan perasaan benci antara satu kaum dengan satu kaum. Sebagai contoh, perkataan-perkataan kesat yang dikeluarkan dalam media sosila terhadap sesebuah kaum akan mencetuskan pergaduhan dan juga dapat mempengaruhi fikiran orang yang membacanya. Perkara ini akan dapat mencetus pergaduhan bukan saja di dalam media sosial malah di realiti. Kepincangan kesepaduan sosial dapat dilihat juga dari aspek interaksi contohnya interaksi yang tidak bagus atau kurang sopan akan menimbulkan perasaan yang tidak senang ke orang yang mendengar lalu mereka akan membalas dan mempunyai sifat prejudis kepada kaum tersebut. Sama ada ketidakselesaan terhadap kaum berbeza atau perasaan perkasa terhadap kaum sendiri, rusuhan kaum ialah fitrah manusia dan fakta yang tidak dapat dielakkan kerana anggapan yang telah ditanamkan oleh persepsi sejarah dan lalu diperkuatkan oleh faktor-faktor luaran. Rusuhan kaum merupakan senjata yang mengancam keharmonian rakyat dan juga meruntuhkan sesebuah negara. Berikutnya, ekonomi negara seperti di Malaysia yang masih bergantung pada pelabur asing juga akan mundur. Oleh itu, semua pihak perlu memiliki sifat tanggungjawab untuk mengurangkan dan membanteras rusuhan tersebut, terutamanya pihak kerajaan dan pihak masyarakat. Pihak dahulu mempunyai kuasa rasmi untuk mempersatukan rakyat-rakyat di sesebuah negara manakala pemupukan nilai murni dalam masyarakat ialah sokongan yang kuat daripada pihak yang kemudian. Konklusinya, sebagai rakyat Malaysia, kita diseru agar mempertahankan maruah bangsa dan memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Bak kata pepatah “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum hanya akan wujud apabila semua kaum dapat menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolar-unsur.

Comments

Chat