Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sebelum kita mencapai kemerdekaan dan Tun Abdul Razak mempekenalkan sistem pendidikan. Terdapat empat sistem persekolahan yang berlainan di Tanah Melayu iatu Sekolah Melayu, Sekolah Cina ,Sekolah Tamil, dan Sekolah Inggeris.Sistem pendidikan ini di kelolai oleh pihak British. Tujuan sekolah dan sistem pendidikan ini di tubuhkan adalah keranan pihak British menghakan pendidikan asal mereka dan menganggap penduduk Tanah Melayu tidak boleh mepunyai pendidikan yang tinggi dan juga mereka memisahkan sistem pendidikan supaya perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu. Sistem persekolahan ini merupakan satu sistem vernakular yang tidak seragam, dimana rakyat dibahagi mengikut kaum, kepentingan dan fungsi ekonomi mereka, menggunakkan bahasa pengantar yang berbeza terdapat di sekolah vernakular masing-masing, malah sekolah hanya terdapat di kawasan yang tertentu sahaja.Hal ini menyebabkan tiadanya persefahaman antara kaum kerana tiadanya interaksi antara kaum disebabkan sistem persekolahan vernakukar diwujudkan ketika itu. Sistem persekolahan pada zaman sekarang menjadi lebih baik di mana bahasa melayu digunakan sebagai bahasa pengantar, wujudnya sistem peperiksaan yang seragam, silibus pembelajaran yang seragam.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Disebabkan latar belakang pendidikan zaman penjajahan British, tidak berminat untuk membangunkan dan menyatukan rakyat di Tanah Melayu melalui sistem pendidikan.Mereka cuba memisahkan antara etnik lain dengan etnik yang lain supaya tiadanya Persefahaman dan perpaduan dianggap diantara etnik-etnik yang berbeza.hal ini akan menyebabkan berlakunya kekurangan perpaduan antar etnik supaya penjajah akan teru berkuasa, mengawal ekonomi negara, memperolehi bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan – keperluan penjajah dan mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan. Dengan corak pendidikan ini menyebabkan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sama dan tiada perubahanSelepas kemerdekaan, dasar pendidikan Negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Hal ini akan membantu untuk meningkatkan persefahaman dan dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Mereka dapat bergaul antara satu sama lain dan mengelakkan daripada wujudnya perselisihan faham antara etnik.