Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sebelum berlakunya kemerdekaan di Tanah Melayu sistem pendidikan di negara ini masih lagi berpecah dan berlaku perbezaan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pada masa tersebut wujud lima jenis sistem persekolahan iaitu sekolah agama, sekolah melayu, sekolah cina, sekolah tamil dan sekolah Inggeris. Manakala lokasi setiap sekolah tersebut terpisah antara satu sama lain, sekolah-sekolah melayu di pertempatkan di desa, sekolah india di ladang, dan sekolah cina di kawasan perlombongan. Pada zaman British, British melaksanakan dasar pecah perintah dengan mengasingkan etnik mengikut kaum masing-masing. Etnik yang berlainan mempunyai sekolah vernakular masing-masing yang mengamalkan Bahasa ibunda sebagai Bahasa pengantar. Hal ini wujudnya komuniti Melayu menerima persekolahan secara tidak formal iaitu sekolah pondok yang menekankan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab sebagai Bahasa pengantar. Sekolah vernakular Melayu yang lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran perkara asas seperti membaca, menulis , mengira untuk kehidupan luar bandar. Kaum India dan Cina pula mendapatkan ilmu di sekolah vernakular mereka di tempat mereka dipecahkan untuk pekerjaan mereka. Selepas kemerdekaan pula, kerajaan Malaysia menyedari bahawa pendidikan Negara perlu dipertingkatkan agar dapat menaikan nama negara ke mata dunia. Selain itu bagi menghadapi cabaran globalisasi kerajaan mengorak langkah dengan membentuk kurikulum yang sesuai untuk sistem pendidikan negara. Perubahan dalam sistem pendidikan negara mengikut peringkat-peringkat perubahan pascamerdeka iaitu era 1957-1970, era 1971-1990, era 1991-2000 dan era 2001-2010. Sistem pendidikan di Malaysia mengalami banyak perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an. Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979), Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Pada tahun 1989, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah. KBSM ini dirancang untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek JERIS secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan,kesejahteraan serta pembangunan negara.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Dasar British yang dilakukan sebelum zaman kemerdekaan merupakan satu dasar dimana tujuan utama mereka adalah tujuan lebih kepada kepentingan politik pihak penjajah itu sendiri bukan bagi kebaikan rakyat tempatan. Ia juga dikenalpasti bertujuan agar perpaduan tidak wujud dikalangan rakyat Tanah Melayu di Malaysia. Hal ini kerana, British takut akan perpaduan sebab mereka bimbang kebangkitan rakyat Tanah Melayu.Namun selepas merdeka, sistem pendidikan di Malaysia menjadi lebih sistematik dan bersifat perpaduan antara kaum sebagai contoh penubuhan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Wawasan dan sekolah yang berkaitan membawa satu dasar yang dibawa oleh Kerajaan Malaysia untuk memupuk sifat perpaduan dan kesepaduan bagi masyarakat yang berbilang kaum.