Jawapan Esei
CABARAN MEMUPUK KESEPADUAN SOSIAL MELALUI PENDIDIKAN Berdasarkan video di atas, terdapat beberapa cabaran dalam membina kesepaduan sosial melalui pendidikan. Antaranya, kewujudan sekolah vernakular yang hanya dilaksanakan mengikut kepentingan kaum tertentu. Hal ini akan menghalang perpaduan yang mampu tercipta. Disebabkan perbezaan yang wujud ini masyarakat akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi kerana tidak mempunyai bahasa pengantar yang tertentu. Selain itu, perasaan cintai akan bahasa kebangsaan tidak direliasasikan hal ini disebabkan penggunaan bahasa ibunda yang berlainan. Bukan itu sahaja, kita haruslah mengikut jejak negara Jepun dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai lambang identiti bangsa Malaysia itu sendiri. Sekiranya tidak dipraktikkan, agak sukar kita untuk mewujudkan perpaduan antara etnik tanpa komunikasi yang rapat.Cabaran-cabaran ini boleh diatasi dengan mewujudkan sekolah yang perlu mencampurkan semua etnik seperti sekolah wawasan yang berteraskan prinsip perpaduan dengan bergabungkan pelbagai kaum belajar bersama-sama. Di sini murid-murid boleh berkomunikasi dan bergaul mesra. Secara tidak langsung mampu mewujudkan hubungan baik antara mereka. Hal ini dapat mengikis sifat sesuatu etnik yang hanya berfokuskan kepada satu etnik kepada identiti nasional yang lebih bersifat menyeluruh sebagai satu bangsa Malaysia. Hal ini bersesuaian dengan keinginan mewujudakan perpaduan dalam sistem pemerintahan iaitu tiada diskriminasi dalam sistem pentadbiran. Begitu juga dengan cabaran bahasa, di mana-mana murid-murid mampu berkomunikasi dalam bahasa yang sama yang menjadikan masyarakat lebih akrab. Cabaran yang seterusnya untuk memupuk kesepaduan dalam bidang pendidikan adalah perbezaan unsur dan kebudayaan seperti perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat. Selain itu, cabaran yang terpaksa dihadapi adalah jarak sosial yang wujud akibat kurangnya interaksi disebabkan oleh perbezaan tempat tinggal dan pekerjaan. Faktor yang boleh menimbulkan konflik dalam membentuk kesapaduan juga melibatkan dominasi sesuatu kaum dalam sesuatu bidang sana ada dari segi politik, ekonomi, perniagaan dan pembangunan. Akibat konflik inilah melambatkan proses kesepaduan berlaku di dalam kalangan rakyat negara kita. Sebagai contohnya cabaran memupuk kesepaduan juga disebabkan faktor dalam bidang politik. Hal ini demikian kerana, dunia politik penuh dengan kontroversi di mana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan. Oleh itu, wujudlah sikap prasangka buruk antara kaum dan mengutamakan etnik sendiri yang menjadi penghalang wujudnya perpaduan. Malahan, apabila berlakunya perkauman maka secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang tegang antara kaum. Sikap sebegini akan melahirkan seseorang kaum itu daripada berinteraksi dan bergaul dengan kaum dan etnik yang lain. Kesimpulannya, permasalahan cabaran ini perlulah diatasi kerana perpaduan merupakan inti pati yang penting dalam memupuk kesepaduan yang nasional demi mencapai negara yang integrasi selari dengan wawasan 2020 untuk menjamin kestabilan politik, pembangunan, ekonomi dalam membentuk Malaysia sesebauh negera yang bersatu padu walaupun terdiri daripada kepelbagaian budaya dan etnik.Sekian terima kasih.