|
No. |
Tajuk |
Bidang |
Laporan/Catatan ringkas |
|
1 |
Perubatan tradisional |
Kesihatan |
Perubatan tradisional pada dahulunya sangatlah popular diamalkan oleh semua masyarakat sehingga ke hari ini. Perubatan tradisional bagi setiap kaum mempunyai ubat dan cara perubatan tradisional yang tersendiri. Bagi kaum Melayu, mereka lebih tertumpukan penghasilan ubat-ubatan daripada sumber semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan atau herba. Disamping itu penggunaan haiwan sebagai perubatan tradisional sebagai contoh lintah bagi mengeluarkan darah kotor daripada badan manusia. Bagi kaum Cina pula, sangat terkenal dengan perubatan akupuntur berupa jarum halus yang dicucuk di bahagian-bahagian tertentu di badan bagi melegakan atau menghilangkan sakit badan. Bagi kaum India pula, mereka lebih tertumpu kepada perubatan seperti Kappa dan herba-herba. |
|
2 |
Sukan tradisional mengikut kaum |
Sukan dan rekreasi |
Masyarakat pada zaman dahulu selalunya menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain sukan tradisional. Antara sukan yang sangat popular di mainkan bagi kaum Melayu ialah congkak dan batu Seremban bagi wanita dan speak raga serta wau bagi lelaki. Bagi kaum Cina pula, sukan tradisional yang sangat digemari ialah permainan mahjong, go dan xiang Qi. Manakala bagi kaum India pula, mereka lebih tertumpu kepada sukan tradisional seperti Kabadi. |
|
3 |
Amalan pantang larang selepas bersalin |
Adat resam |
Bagi wanita, amalan pantang larang selepas bersalin ini sangat feminine bagi wanita yang telah mempunyai anak. Amalan ini sangat dititiberatkan bagi semua kaum agar ibu dalam keadaan sihat selepas bersalin. Namun amalan pantang larang selepas bersalin bagi 3 kaum adalah berbeza. Bagi kaum Melayu, amalan pantang larang selepas bersalin ialah selama 40 – 60 hari. Wanita selepas bersalin dilarang untuk memakan sayur-sayuran, buahan, dan makanan laut. Wanita yang melahirkan anak sulung akan menjalankan aktiviti melenggang perut. Bagi kaum Cina amalan pantang selama sekurangnya 30 hari. Makanan yang dilarang seperti makanan yang boleh memanaskan badan seperti lada hitam. Bagi kaum India amalan berpantang selama 30-40 hari. Makanan yang dilarang sama seperti kaum Melayu iaitu sayuran, buahan dan makanan sejuk seperti makanan laut. |
|
4 |
Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian |
Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan |
Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian bagi 3 kaum di Malaysia sangat berbeza dan mengikut kepercayaan dan agama masing-masing. Bagi aspek kelahiran, kaum Melayu lazimnya akan mengazankan di telinga bayi lelaki dan iqamat bagi perempuan yang baru dilahirkan selain daripada acara tahnik dan cukur jambul sebagai tanda kesyukuran. Bagi kaum Cina, upacara kelahiran hanyalah dengan mencukur rambut dan memberikan nama manakala bagi kaum India akan dicatatkan waktu kelahiran untuk menentukan bintang bagi bayi. Bagi aspek perkahwinan pula, bagi kaum Melayu melalui proses merisik dan meminang, bagi kaum Cina melalui proses merisik, meminang dan bertunang manakala bagi kaum India pula akan merisik, kunjungan ke rumah pengantin, parisam. Bagi aspek kematian pula, kaun Melayu akan mengkapankan mayat dan bacaan tahlil, kaum Cina mayat akan dimandikan serta disoleh dan ditanam Bersama wang manakala bagi kaum India akan membuat upacara menanggalkan thaali. |
|
5 |
Makanan/Minuman tradisional |
Makanan; Budaya |
Makanan tradisional bagi kaum Melayu ialah nasi lemak, satay, nasi dagang, dan nasi minyak. Bagi kaum Cina makanan tradisional yang popular adalah kuih bulan,. Manakala bagi kaum India sangat terkenal dengan makanan capati, tosai dan murukku. |
|
6 |
Perjuangan kemerdekaan |
Politik |
Politik bagi kaum Melayu adalah UMNO, kaum Cina MCA manakala kaum India MIC. |
|
7 |
Pemodenan dan pembangunan negara |
Politik; Sosio-Ekonomi |
Pemodenan dan pembangunan negara yang ketara bagi kaum Melayu adalah sangat mendominasi organisasi pentadbiran negara sebagai contoh Perdana Menteri. Kaum Cina pula lebih tertumpu kepada bidang perniagaan dan keusahawanan sejajar dengan sifat mereka yang rajin. Manakala bagi kaum India lebih tertumpu kepada kepakaran dalam bidang teknologi pengangkutan dan perkilangan. |