Soalan 1
Tuliskan refleksi tentang video yang anda tonton tadi. Huraikan video yang anda tonton mengikut kronologi termasuk : • Masa • Tempat • Individu yang terlibatideo tersebut menjelaskan pihak penjajah telah mengamalkan dasar pecah dan perintah di Tanah Melayu di mana kaum dipisah-pisahkan berdasarkan kawasan penempatan pada zaman penjajahan. Hal ini telah mewujudkan jurang ekonomi yang ketara antara kaum pada ketika itu. Sebelum kemerdekaan, orang melayu ditempatkan di kawasan kampung atau luar bandar dengan menjalankan ekonomi tradisional. Kaum cina ditempatkan di kawasan bandar dan kawasan perlombongan. Kemajuan ekonomi lebih berpihak kepada kaum cina. manakala kaum india pula ditempatkan di kawasan estet dan mereka hanya tertumpu kepada aktiviti menoreh getah dan menjual kain.
Soalan 2
Nyatakan perasaan positif dan negatif anda: • Gembira, ceria serta memperoleh sesuatu bermanfaat daripada video. • Kecewa, sedih dan menerima pengaruh buruk daripada video.Berdasarkan video tersebut, saya berasa syukur kerana saya masih boleh hidup dengan aman dan harmoni serta dapatmenjalankan kehidupan seperti yang saya impikan di Malaysia. Walaupun mempunyai pelbagai etnik tetapi kita masih boleh bertolak ansur dalam menjalani kehidupan seharian. Keunikan ini membolehkan saya belajar mengenai budaya lain yang dimiliki oleh etnik lain. Saya dapat mempelajari budaya mereka dengan mudah. Saya juga berasa sedih mengenai video tersebut kerana video tersebut kurang menyatakan penceritaan mengenai kaum bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak. Malaysia mempunyai pelbagai etnik merangkumi 3 Wilayah utama iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Soalan 3
Apakah yang dapat anda pelajari daripada video tadi?Berdasarkan video yang dipaparkan, saya mendapati pihak kerajaan sentiasa mencari alternatif dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Usaha tersebut tidak akan berjaya jika tanpa persetujuan dan sokongan daripada rakyat. Oleh itu pihak kerajaan juga menitik beratkan perasaan dan pandangan rakyat Malaysia supaya dapat mengekalkan keamanan negara Malaysia.