Nursafwanah Binti Mohd Shah's 7.A3 : Perbincangan 3 - OpenLearning

Soalan 1

Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.
Gejala murtad dalam kalangan orang Islam semakin menjadi-jadi. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak menegamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Negeri Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata isu sensitif itu bagaikan boleh mengundang maut dan ianya boleh menghancurkan akidah umat Islam jika terus dibiarkan. Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam menangan isu murtad. Antara objektif yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah dengan mendidik anak-anak secara berfikiran positif dan terbuka kepada mereka agar sesuai dengan ajaran, keperluan berhadapan dunia luar dan nasihat dalam Islam.

Soalan 2

Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.
Daripada para ulama di dalam 4 kitab mazhab yang diamalkan oleh umat Islam. Para ulama beraliran mazhab Imam Syafiee dan Imam Hanbali r.a meletakkan hak penjagaan mestilah kepada seorang yang beragama islam. Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan Maliki r.a tidak meletakkan islam sebagai syarat untuk penjagaan. Isu hak penjaga anak juga seharusnya mengikut keputusan mahkamah di mana hak penjagaan anak itu diberi sama ada untuk si ibu atau si ayah.Ini bermakna jika penjaga tersebut , salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Soalan 3

Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.
seperti yang kita sedia maklum, kira-kira 50 penduduk Taman Medan telah mengadakan satu perhimpunan secara aman di hadapan satu bangunan lot kedai yang mana terletaknya lokasi satu gereja baru di Taman Medan, Petaling Jaya. Perhimpunan tersebut dibuat adalah bertujuan untuk menuntut agar tanda salib yang terpampang di premis itu diturunkan. Penduduk mengatakan bahawa pemandangan atau pandangan pertama mereka apabila membuka tingkap ialah tanda salib yang terpampang di premis tersebut dan mereka berasa tidak selesa dan sensitif terhadap tanda tersebut. Atas desakan yang dibuat yang dibuat oleh penduduk Taman Medan, pihak gereja akhirnya akur dan bersetuju untuk menurunkan lambang salib tersebut. Ada pihak yang menyokong malah ada juga pihak yang mengutuk sekeras-kerasnya akan hal ini. Isu ini telah menjadi viral di laman sosial seperti facebook dan banyak respon yang diberikan berhubung dengan perkara ini.

Soalan 4

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan amat jelas mengenai kedudukan Islam dan bukan Islam. Peruntukan dalam Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mengukuhkan lagi Perlembagaan Persekutuan. Raja, Sultan dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa sebagai ketua agama negeri masing-masing.Kalau peruntukan ini tidak dihormati, isu agama boleh membawa konflik. Pemahaman yang tinggi, kesedaran yang mendalam amat diperlukan supaya maslahah bernegara berjalan mengikut landasan undang-undang dan etika keagamaan yang memberikan asas kefahaman dan toleransi.

Soalan 5

Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.
Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu slah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W. Perkataan Allah tidak pernah terdapat di dalam bahasa asall Perjanjian lama yang dieknali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Sekiranya kita merujuk kepada tulisan-tulisan para ulama' Islam, hampir kesemuanya tidak membenarkan lafaz Allah digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. Hal inidemikian kerana, Allah bermaksud tuhan yang Maha Esa dan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan tuhan itu sendiri. kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait rapat dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini.

Soalan 6

Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.
Perarakan seramai lebih 200 orang bersama NGO dan penduduk setempat dengan membawa kepala lembu kerana simbol sebagai bantahan keatas pembinaan kuil dikawasan penginapan orang melayu di Shah Alam. Lembu adalah haiwan mulia mengikut fahaman hindu dan simbol keagamaan mereka. Lembu juga merupakan simbol keagamaan mereka. Perkara ini telah menyentuh sensitiviti kaum Hindu apabila binatang itu digunakan sebagai alatan untuk memprotes. Isu Kepala Lembu di Kuil jika isu ini tidak menimbulkan kacau bilau atau menyebabkan keadaan masyarakat tidak tenteram maka amalan kepercayaan penganut Hindu boleh diteruskan tetapi jika isu menyebabkan keadaan masyarakat tidak tenteram atau sebaliknya. Pada masa yang sama, masyarakat lain yang bukan menganuti agama Hindu perlu menghormati amalan kesucian agama lain.Sudah tentu ia menjadi sensitiviti kepada kaum hindu bila ada orang mengambil kesempatan mempergunakan binatang itu sebagai simbol dan tujuan simbolik tertentu. Kalau sebelum ini islam/melayu di negara dikejutkan dengan penghinaan DAP terhadap islam dan orang-orang melayu, saat itu pula penganut agama hindu terguris hati dengan penggunaan kepala lembu diperarakan tersebut. Samy Vellu bersama MIC menggesa masyarakat Malaysia supaya membantu kerajaan ke arah memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum selain memperdalamkan pemahaman berhubung sensitiviti semua kaum di negara ini.

Comments

Chat