Nursafwanah Binti Mohd Shah's 2.A3 : Refleksi kendiri pengalaman harian dan pelan tindakan individu sebagai agen penyatupaduan - OpenLearning

1. (a) Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya ?

Saya dilahirkan dan membesar dalam lingkungan kelompok etnik yang sama sejak saya kecil lagi iaitu di kawasan perkampungan FELDA yang terdiri daripada kaum Melayu dan segelinitir kecil kaum Siam. Apabila umur saya menjangkau 6 tahun, saya mendapat pendidikan awal di TADIKA KEMAS. Dari situlah bermulanya saya bercampur gaul kenalan dari pelbagai bangsa dan etnik sehinggalah mendapat pendidikan tinggi di Institut Pendidikan Tinggi (IPT). Ketika menuntut di sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah saya sudah terbiasa mempunyai kawan yang berlainan etnik. Oleh itu, dari kecil saya tidak kekok berkawan dengan etnik yang berbeza malah saya sentiasa berkongsi pendapat dengan etnik yang lain dan sering meminta tunjuk ajar mereka dalam pelajaran. Jadi, hal ini menjadikan saya seorang tipis batas etniknya kerana keadaan ini menyebabkan perasaan ingin tahu lahir dalam hati saya untuk mengetahui secara terperinci berkenaan etnik-etnik lain fokusnya dalam Malaysia. Mempunyai kenalan yang berbeza kaum amat menarik minat kerana boleh bertukar-tukar selera dalam budaya pemakanan dan sebagainya. Meraikan perayaan bersama-sama mereka merupakan sesuatu kenangan yang amat manis kepada saya di mana saya lebih memahami adat dan budaya mereka. Bila-bila hari perayaan masing-masing , masing-masing berbalas hadiah ataupun pemberian sempena perayaan yang diraikan. 

 

(b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami ?

Keadaan ini saya alami semasa saya serumah sewa dengan seorang pelajar bukan Islam. Beliau berasal dari kaum orang asli. Saya sering kali memohon bantuan untuk tunjuk ajar beliau dalam pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Inggeris. Apabila tiba bulan puasa, beliau menghormati ahli rumah yang lain dan tidak makan sesuka hati di hadapan rakan-rakan lain malah beliau duduk semeja untuk berbuka puasa bersama-sama. Saya kagum dengan penghormatan beliau pada bangsa Melayu sedangkan kami berbeza berbeza kaum dan etnik. Seperti kita ketahui, juadah aneka bulan puasa sangat istimewa terutamanya kuih-muih. Beliau cuba beberapa jenis kuih. walaupun kami berbeza bangsa dan adat resam, namun kami boleh hidup harmoni dalam sepanjang tempoh yang panjang. pengalaman saling bergantungan yang saya alami terlalu banyak, salah satunya ialah sebagai mahasiswi universiti masa saya dikelas banyak dihabiskan bersama rakan-rakan bukan sahaja yang berbangsa melayu malah bangsa lain juga dan mereka banyak membantu saya dalam memahami sesuatu subjek. hal ini membukitkan bahawa, jika sikap hormat-menghormati ditunjukkan oleh setiap etnik di negara ini mustahil akan berlakunya konflik di dalam negara yang akan mendatangkan bahaya kepada ramai pihak. saya turut mempunyai jiran yang berlainan etnik iaitu bangsa india dan sebagainya dan hidup aman sentosa.

 

(c) apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri ?

autoriti menjelaskan bahawa realiti sosial yang menjadi struktur asas kuasa dominan dalam negara. manakala, definisi harian adalah relaiti sosial yang dialami oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. autoriti di negara ini telah mendedahkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mendekati dan mempelajari budaya-budaya lain yang terdapat tiga golongan bangsa besar di negara kita terutamanya iaitu melayu, cina dan india. pengalaman hidup saya sendiri adalah apabila berkawan dengan pelbagai etnik. pada zaman sekarang pelabagai kaum telah mula menguasai lebih daripada satu bahasa. mereka mula hidup dalam kepelbagaian bahasa dan tidak lagi hanya terikat kepada bahasa bangsa mereka. begitu juga saya, yang tinggal di sarawak memahami sedikit demi sedikit bahasa kepelbagaian etnik di sarawak seperti iban dan melanau. selain bahasa, saya juga berpeluang makan makanan dari etnik lain dan mereka juga makan makanan yang dimakan oleh etnik saya. takrifan autoriti adalah lebih bersifat tetap yang dimana satu bangsa harus menggunakan satu bahasa dan hanya satu jenis pakaian sahaja. biasanya takrifan ini ditetapkan oleh badan yang bersifat dominan dalam negara. sebagai contoh, kaum melayu adalah wajib beragama islam, bertutur hanya dalam bahasa melayu dan memakai pakaian kaum melayu iaitu baju kurung, baju melayu dan kebaya.

 

(d) apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini ?

saya mengambil contoh keadaan sekeliling yang pernah saya alami, saya duduk serumah dengan kawan yang berlainan agama dirumah sewa saya, jadi saya dan dia berkongsi cerita mengenai adat resam kaum masing-masing. adat yang baik dijadikan amalan, serta sifat hormat menghormati itu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkankeharmonian dalam membina persahabatan sehinggalah sekarang walaupun kini kami tidak lagi sebumbung, namun persahabatan kami masih lagi kuat bersatu. aktiviti perkongsian budaya dan cara hidup mengikut kaum harus dilaksanakan kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pemakanan, pemakaian dan juga permainan. hal ini dapat mengeratkan persahabatan. sebagai seorang rakyat malaysia yang bercampur dengan etnik-etnik lain. kita seharusnya saling hormat menghormati diantara satu sama lain. antaranya ialah paham dan hormat tentang kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh etnik lain di malaysia. kita juga perlu menghormati perayaan yang disambut oleh masyarakat yang berbilang kaum dan etnik yang lain dan memahami adat resam yang diamalkan oleh etnik di malaysia. sebagai rakyat malaysia yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai etnik, saya sentiasa bersifat terbuka dengan kerjasama dengan etnik lain dan saling bantu membantu antara satu sama lain terutamanya dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan seharian. 

 

2. bentuk hubungan sosial tentang hubungan etnik dapat dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, program, perayaan dan rumah terbuka ketika perayaan. selain itu, cuba untuk merapatkan diri dan berinteraksi dengan kaum lain secara ramah mesra.

- tidak menyentuh tentang sensetiviti sesuatu kaum di tempat umum terutama di hadapan rakan yang berlainan bangsa.

- menyertai program yang melibatkan semua kaum seperti sambutan hari kebangsaan dan sambutan hari malaysia.

- menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kaum lain untuk memahami budaya kaum lain dengan melalui berkomunikasi dengan mereka.

- mengamalkan amalan kunjung mengunjung ke rumah kawan yang berlainan bangsa pada musim perayaan.

- menjaga hubungan baik dengan semua orang tidak kira dimanapun terutama rakan-rakan yang sering kita jumpa.

- menyertai dan melibatkan diri dalam pelbagai program dan aktiviti anjuran kolej mahupun fakulti yang menampilkan kerjasama pelbagai etnik.

-menyertai program anak negeri yang boleh mengeratkan hubungan antara kaum dalam negeri saya sendiri.

- keluar bersama rakan berlainan bangsa seperti keluar bersama rakan berlainan etnik untuk mengeratkan hubungan dan mengajak mereka pulang ke kampung halaman kita untuk merasai pengalaman kehidupan kita.

- menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti pegi melawat rumah orang tua.

- bersifat terbuka dan menerima kekurangan etnik yang berlainan.

- menghakis sikap prejudis terhadap kaum lain dengan membuang pemikiran negatif terhadap mereka dan menjaga perasaan mereka. 

Comments

Chat