Muhammad Hilmi Bin Haslan's 6.A2 : Memperkenalkan Ahli Parlimen Anda - OpenLearning
MUHAMMAD HILMI BIN HASLAN
DB170017
Universiti : UTHM
Seksyen : S3
Pensyarah : DR SITI SARAWATI BT HJ JOHAR
 

 

 

Ahli parlimen yang mewakili kawasan parlimen saya ialah YB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin lahir pada hari Khamis, 15 Mei 1947 (umur 70) bersamaan dengan 24 Jamadilakhir 1366 Hijrah, adalah merupakan Presiden, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau juga merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan P143 Pagoh, Johor Darul Ta’zim. Antara sumbangan beliau adalah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada penerima pada majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di Masjid Alor Mengkudu. Beliau juga yang memberikan cadangan dan idea untuk mendirikan hub Pendidikan di Pagoh. Dengan adanya hub Pendidikan tersebut, peluang untuk para pelajar melanjutkan pelajaran ke universiti adalah cerah. Selain itu, dengan adanya hub Pendidikan ini kawasan persekitaran di situ akan bertambah maju dan juga boleh menambahkan pendapatan kepada peniaga di sana terutama sekali di kawasan sekitar Pagoh. Pada hari raya aidilfitri kebiasaanya beliau akan mengadakan rumah terbuka kepada penduduk sekitar. Dengan adanya program seperti rumah terbuka ini ia akan dapat mengeratkan hubungan antara kaum sekaligus kawasan sekitar akan hidup dalam keadaan aman dan damai. Di samping itu juga dapat menbantu keluarga yang tidak berkemampuan.

Comments

Chat