Mohammad Hurairah's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Keamanan hidup antara etnik menyumbangkan kepada kestabilan sosiopolitik dalam negara. Dalam usaha mencapai keharmonian hidup antara pelbagai etnik dan kestabilan politik, kekayaan negara perlu diagihkan secara adil dan saksama. Namun, ekonomi yang berbeza antara etnik menjadi isu kerana terdapat jurang pendapatan. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai penjual kain dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. Ini mewujudkan ketidakseimbangan yang ketara dari hak milik kekayaan antara etnik, dari segi guna tenaga dan pekerjaan antara etnik. Jurang pendapatan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti rendah tahap pendidikan dan kemahiran, tidak memiliki modal atau tanah dan perbezaan cara pemikiran, Selepas kemerdekaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan. Ia berobjektif untuk mengurangkan kemiskinan melalui peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan dan kedua untuk menyusun semula masyarakat supaya pengenalan kumpulan etnik dengan fungsi ekonomi dapat dihapuskan dengan cara penyusunan smeula corak guna tenaga, pemilikan modal saham dalam sektor koporat dan pembentukan MPPB. DEB berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup namun ketaksamarataan pendapatan semakin melebar antara yang kaya dan miskin, dalam kalangan etnik dan antara bandar dan luar bandar. Walaupun pendapatan meningkat namun kadar peningkatan tersebut lebih tinggi di bandar berbanding di luar bandar. Kini, pelbagai dasar lain telah dilaksanakan dan yang terbaru ialah Model Ekonomi Baru (MEB) dengan tonggaknya Program Transformasi Ekonomi (PTE) dan rancangan malaysia ke 10. Dalam tonggak ini penekan diberikan kepada sektor swasta bagi menjana pertumbuhan ekonomi. selain itu, subsidi juga akan dikurangkan secara berperingkat bagi meningkatkan kecekapan ekonomi.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB), dasar ekonomi bebas yang dijalankan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi tetapi faedah daripada pertumbuhan ekonomi tersebut tidak dapat dirasai oleh rakyat. Terdapat juga hubungkait antara kemiskinan dengan kumpulan etnik tertentu. Sebahagian besar yang miskin adalah kalangan etnik melayu dan luar bandar. Kemudian, terdapat ketidakseimbangan yang ketara dari segi pemilikan kekayaan antara etnik. pemilikan modal saham dalam syarikat didominasi oleh kaum Cina. Perkara perkara ini menyebabkan jurang pendapatan antara etnik yang menyebabkan timbul isu etnik. Selepas DEB, terdapat pertumbuhan pesat dan perubahan struktur ekonomi. Kedudukan pemilikan modal saham bumiputera juga telah meningkat agak ketara. secara umumnya memperlihatkan DEB telah berjaya meningkatkan penyertaan bumiputera dalam pekerjaan i bandar, melahirkan golonngan profesional dan kelas menengah bumiputera serta melahirkan golongan pemodal bumiputera, DEB juga berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan kualiti hidup namun ketidaksamarataan pendapatan semakin melebar antara yang kaya dan miskin, dalam kalangan etnik dan antara bandar dan luar bandar. Namun DEB mendapat kritikan hebat terutama dari kalangan Cina kerana perlu menyediakan rizab 30 peratus ekuiti syarikat kepada bumiputera Melayu.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Dasar-dasar yang diperkenalkan ini adalah untuk pembangunan ekonomi yang mampan dan bersifat tinggi serta mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Malaysia memperkenalkan dasar-dasar ini untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara berlandaskan dasar ekonomi baru. Sebagai contoh, Dasar Ekonomi Baru berperanan dalam mengurangkan kemiskinan diantara semua kaum di Malaysia dan taraf ekonomi secara sama rata. Pelaksanaan Rancangan Pembangunan 5 tahun pula adalah langkah dalam melaksanakan dasar-dasar ini untuk merapatkan semula jurang ekonomi dan pendapatan antara kaum agar semua kaum dapat menikmati taraf ekonomi yang sama rata dalam segala sektor ekonomi.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Globalisasi membolehkan kerajaan dan rakyat mempromosikan kekayaan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia. Melalui isu globalisasi tersebut, sumber pelancongan telah menyumbangkan kadar pendapatan yang tinggi terhadap negara kita. Hal ini kerana, masyarakat luar negara amat kagum dengan kekuatan kepelbagaian etnik yang dimiliki oleh penduduk Malaysia. Di Malaysia, walaupun negara ini kaya dengan masyarakat majmuk, keamanan negara masih stabil, damai dan harmoni. Selain itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara ingin menikmati sendiri kepelbagaian kaum dan Globalisasi Budaya serta keharmonian yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia sekaligus menyumbangkan hasil ekonomi yang tinggi kepada negara.

Comments

Comments loading...

Chat