
Gambar di atas merupakann ahli parlimen yang mewakili kawasan parlimen saya selepas pilihan raya baru-baru ini ialah YB Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria. Sebagai ahli parlimen kawasan P69 Parit, Perak Darul Ridzuan beliau telah membuat beberapa kemajuan yang baru di kawasan parlimen Parit. Beliau telah melibatkan diri dengan memegang pelbagai jawatan bagi melibatkan diri dengan rakyat dalam memastikan hubungan antara etnik dalam keadaan yang baik. Antara jawatan lain yang beliau pegang ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit, Pengerusi Ahli Lembaga Pengurusan SABK Maahad Al-Azi, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Perak Tengah dan lain-lain lagi jawatan. Antara aktiviti yang beliau pernah lakukan adalah menghadiri majlis sambutan tahun baru bersama masyarakat orang asli kampung sungai perah di mana beliau menjaga kebajikan mereka. Beliau juga pernah menyampaikan sumbangan milo kepada masyarakat orang asli gedung batu suak padi tumbuh hangat. Seterusnya, beliau juga telah menghadiri majlis ramah mesra dan memasak bubur asyura anjuran JKKK Kg. Tualang dan UMNO cawangan Kg. Talang Tanjung Belanja. Terdapat pelbagai lagi aktiviti dan program yang telah dilakukan beliau dalam merapatkan hubungan antara etnik.
http://www.ybnizarzakaria.com/