1. Huraikan peranan (i) agama dan (ii) budaya dan nilai dalam membina personaliti berjiwa Malaysia.
Agama memainkan peranan penting dalam membina personaliti rakyat berjiwa Malaysia. Di Malaysia, rakyat diberi kebebasan beragama dan tiada paksaan untuk menganuti mana-mana agama walaupun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Fasiliti dan kemudahan untuk tujuan keagamaan turut disediakan. Walaupun agama yang dianuti berbeza, setiap rakyat Malaysia menghormati agama masing-masing. Setiap ajaran agama juga menerapkan nilai-nilai positif kepada penganutnya yang membawa kepada personaliti berjiwa Malaysia yang hidup harmoni, aman dan damai di bawah satu bumbung. Seterusnya ialah budaya dan nilai. Budaya adalah tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia. Budaya melambangkan identiti dan jati diri sesebuah bangsa. Melalui budaya juga, pelbagai nilai boleh dipaparkan. Kepelbagaian budaya wujud di Malaysia melalui etnik-etnik yang pelbagai khususnya di Sabah dan Sarawak. Setiap budaya hadir dengan keunikan masing-masing dari segi tarian, upacara adat, cara hidup, amalan dan banyak lagi. Keunikan budaya yang ada pada setiap etnik menjadikan rakyat tertarik untuk mendalami budaya etnik yang lain. Di Malaysia, budaya tradisional merupakan lambang sifat majmuk masyarakat kita. Sebagai contoh, semua etnik dan bangsa dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan rumah terbuka sempena sambutan perayaan Aidilfitri yang disambut oleh orang Islam. Bangsa-bangsa lain juga tidak terkecuali untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut. Nilai-nilai seperti bekerjasama, hormat-menghormati, sopan santun, keterbukaan dapat dilihat melalui budaya ini. Hal ini menunjukkan gambaran masyarakat yang hidup harmoni dan sejahtera.
2. Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Bincangkan.
What is the answer to this other question?Ekonomi boleh memberikan kesan negatif kepada perpaduan kaum di Malaysia. Ekonomi merupakan sumber pendapatan. Ekonomi boleh menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Pada zaman pemerintahan British, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah dengan memecahkan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India mengikut komposisi untuk mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing. Orang Melayu dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap ikan di kampung dan tenaga buruh di ladang diambil dikendalikan oleh kaum India. Selain itu, imigran dari negara China diupah untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah. Hal ini mewujudkan jurang perpaduan ekonomi dan menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan kaum kerana perbezaan sumber ekonomi yang ketara. Akibat penempatan yang berbeza, mereka juga tidak mengenali dan memahami antara satu sama lain. Ekoran daripada itu, impak dasar pecah dan perintah masih dapat dilihat. Walaupun telah diatasi melalui Dasar Ekonomi Baru, perbezaan ekonomi antara kaum masih wujud.