Nur Raznie Binti Razly's 9.A2 : AKTIVITI 2 - OpenLearning

Soalan

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Pendidikan merupakan salah satu platform untuk membina kesepaduan sosial khususnya dalam kalangan generasi muda yang akan menjadi tonggak perpaduan pada masa hadapan. Berdasarkan pengalaman saya, peranan pendidikan yang pertama ialah melalui kepelbagaian komposisi pelajar di sekolah khususnya di dalam di bilik darjah. Pihak sekolah meletakkan pelajar pelbagai kaum di dalam satu bilik darjah untuk memberi peluang kepada mereka berinteraksi dan mengenali adat dan budaya masing-masing. Khasnya di Sabah, terdapat lebih 20 etnik yang mempunyai adat dan budaya yang unik. Pelajar berpeluang untuk berinteraksi dan menjalin persahabatan dengan baik walaupun berbeza budaya. Seterusnya ialah melalui mata pelajaran Sejarah, Kenegaraan, dan Hubungan Etnik. Pada peringkat sekolah, pelajar telah diajarkan subjek Sejarah dengan mendedahkan mereka tentan sejarah negara, peristiwa penting, perlembagaan dan pembentukan perpaduan yang berbilang bangsa. Seterusnya pada peringkat universiti, pembentukan kesepaduan sosial dikukuhkan lagi dengan subjek Hubungan Etnik dan Kenegaraan. Saya melihat bahawa penglibatan pelajar berlainan bangsa dan agama dalam tugasan kumpulan dapat membentuk kesepaduan sosial. Akhir sekali, pendidikan dapat membina kesepaduan sosial melalui Bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang dilihat memainkan peranan yang besar dalam membentuk kesepaduan sosial dalam kalangan pelajar baik di sekolah mahupun di universiti. Bahasa Melayu memudahkan proses interaksi antara pelajar. Mereka dapat memahami, memberi idea serta pendapat dengan bebas. Berdasarkan pengalaman, sekolah saya pernah menganjurkan pertandingan debat yang turut disertai oleh pelajar India dan Cina. Mereka dapat berinteraksi dan bersaing dengan sihat. Jelaslah bahawa pendidikan dapat membentuk kesepaduan sosial di Malaysia.

Comments

Chat