Mohamad Nursyafiq Bin Ahmad Nasir's 6.A1 : Refleksi Perjuangan Dato Onn - OpenLearning

 

6.A1: Refleksi Perjuangan Dato Onn

“Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati” (kongres Melayu,1946).

Berdasarkan petikan daripada video tersebut, pengajaran yang saya dapati adalah kita perlulah menghargai jasa datuk nenek kita terdahulu yang bersusah payah berjuang untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada dikuasai pihak penjajah. Selain itu, kita perlulah bersatu padu tidak kira keturunan atau kaum demi mempertahankan kedaulatan negara.

Nama Dato Onn Jaafar mungkin semakin pudar dalam ingatan masyarakat pada masa kini, tetapi jasa beliau terhadap negara tetap dijunjung sehingga kini terutamanya dalam memperjuangkan Tanah Melayu menentang Malayan Union dan merupakan pengasas UMNO.

Dato Onn Jaafar dilahirakan pada 12 Februari 1895 di Sri Gambir, Johor Bahru. Beliau merupakan kepada Dato Jaafar Hj Mohamad yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama, manakala ibunya Rugayah Hanim seorang wanita berketurunan Turki yang meninggal dunia ketika Dato Onn berumur 9 tahun semasa belajar di London. Dato Onn mendirikan rumah tangga dengan Datin Halimah Husin pada 3 Mei 1921. Beliau merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang.

Selain itu, beliau merupakan seorang yang merendah diri dan tidak mengharapkan habuan atau pujian atas tugas yang dilaksanakannya. Sebagai nasionalis, beliau sangat tegas dan berdisiplin, terkenal dengan kedegilannya dan tidak berpatah balik atas sesuatu keputusan yang dibuat. Pendirian yang tegas ini menyebabkan beliau terus berjuang menentang penubuhan Malayan Union. Jadi, pengajaran yang dapat diambil adalah kita perlulah sentiasa merendah diri walau setinggi manapun kedudukan kita. Di samping itu, sebagai seorang pemimpin kita perlulah mempunyai keyakinan diri terhadap sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Dato Onn Jaafar telah menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor(PMSJ) pada 3 Januari 1946 bertujuan untuk menyatupadukan orang Melayu agar menentang rancangan Inggeris untuk menjadikan Tanah Melayu jajahan takluknya. Perhimpunan Kongres Melayu Semalaya pada 1-3 March 1946 ini telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah badan mewakili seluruh orang Melayu dalam gerakan menentang Malayan Union iaitu UMNO.

Dato Onn Jaafar telah diberi penghormatan sebagai Presiden UMNO yang pertama. Perjuangan demi perjuangan akhirnya British mengalah kerana Malayan Union tidak mendapat persetujuan orang Melayu. Gabenor Malayan Union iaitu Sir Edward Gent akhirnya membuat satu rundingan khas dengan Raja-Raja Melayu dan para pemimpin UMNO yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Satu rancangan diatur sebagai ganti kepada Malayan Union dan lahirlah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 yang menyatakan Negeri-Negeri Melayu dan Selat meneruskan persendiriannya tetapi disatukan dibawah pemerintahan pusat yang kukuh.

Perjuangan Dato Onn Jaafar tidak terhenti disitu, beliau telah mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada kaum-kaum lain bagi menyelesaikan isu perkauman dalam politik namun cadangan itu menimbulkan kemarahan dan ditentang oleh ahli UMNO. Dato Onn Jaafar telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO ketikan persidangan majlis Mesyuarat Agung ke-6 yang diadakan pada bulan Ogos 1951.

Selepas keluar daripada UMNO, Dato Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malay(IMP) pada September 1951 sebagai wadah politik tanpa kaum dan keturunan, namun gagal mendapat sokongan orang Melayu.

Dato Onn Jaafar kemudiannya menubuhkan Parti Negara pada Februari 1954, akhirnya beliau telah mendapat 1 kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Persekutuan 1959. Beliau terus menabur bakti apabila menubuhkan Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) khusus bagi membangunkan ekonomi, pendidikan dan kebajikan orang Melayu.

Sumbangan beliau terhadap negara terutamanya revolusi kemerdekaan tidak harus dipandang ringan. Dato Onn Jaafar akan sentiasa dikenang sebagai ikon perintis jalan pejuan yang mendaulatkan martabat bangsa dan tanah air.

 

Comments

Chat