NUR AQIELA SHAHIRA's 5.A3 REFLEKSI VIDEO 5.2 - OpenLearning

1. Nyatakan apa yang diterangkan dalam video tersebut (minimum 100 patah perkataan)

What is the answer to this question?
Melalui video yang dipamerkan, jika orang Melayu bersikap perkauman, mereka boleh menubuhkan kerajaan Melayu dan menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu yang merdeka. Hal ini kerana orang Melayu mempunyai cukup majoriti untuk meminda atau menggubal perlembagaan baru yang menguntungkan orang Melayu. Tetapi, orang Melayu tidak menggunakan peluang ini demi kepentingan perhubungan dan perpaduan antara etnik. Justeru, dalam konteks ini, isu mengenai kemerdekaan melewati batas perkauman dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Perkara ini membolehkan mereka mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Melalui rundingan meja bulat pada tahun 1952, UMNO menekankan bahawa MCA haruslah menerima dan mengiktiraf bahawa negeri ini adalah negeri Melayu dan segala keutamaan terletak kepada orang Melayu. Dasar ini dipersetujui dan akhirnya melahirkan perikatan UMNO-MCA. Pada April 1955, MIC telah bergabung dengan UMNO-MCA menjadi gabungan Perikatan. Semasa melalui Pilihan Raya, UMNO hendak menghantar 52 kerusi untuk bertanding. Walau bagaimanapun setelah membuat perundingan, Perikatan memutuskan untuk menghantar 35 kerusi untuk UMNO, 15 kerusi untuk MCA dan 2 kerusi untuk MIC. UMNO menerima cadangan ini demi memelihara perpaduan dan kerjasama di antara parti perikatan. Pilihan raya 1955, Perikatan telah memenangi 51 kerusi manakala satu kerusi dimenangi olah PAS.

2. Berikan refleksi anda berdasarkan objektif pembelajaran video ini. Gunakan gantinama diri "saya" dalam membuat refleksi (minimum 200 patah perkataan)

What is the answer to this other question?
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal hasil daripada persetujuan bersama yang telah dicapai antara penduduk di tanah Melayu daripada kalangan etnik Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Sebagai toleransi terhadap kelonggaran yang diberikan, orang bukan Melayu harus menerima kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan, kedudukan agama Islam sebagai agam persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan institusi raja-raja Melayu dikekalkan.

Comments

Chat