mohamad shafiq b abdullah's 1.A3 : Video - OpenLearning

Link video : https://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0           Berdasarkan video tersebut, negara kita pernah melalui beberapa fasa atau era untuk mengecapi keamanan sedia ada masa kini. Secara ringkasnya, terdapat tiga fasa yang dapat kita simpulkan iaitu era konflik,era tegang tapi stabil dan era kesepaduan.            Era konflik bermula pada akhir Perang Dunia Ke-2. Negara kita melalui masa yang sukar pada masa ini. Terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang dihadapi untuk mencapai kesefahaman antara kaum. Pada tempoh ini, pelbagai pertumpahan darah dan keganasan yang berlaku menyebabkan keharmonian tidak dapat dicapai dengan mudah. Era ini berakhir setelah negara kita mencapai kemerdekaan negara.          Fasa seterusnya bermula pada tahun 1960 iaitu era tegang tapi stabil. Pada masa ini, negara kita mencapai kestabilan hubungan antara sesama kaum sehinggalah peristiwa hitam iaitu tragedi 13 Mei 1969. Berdasarkan rumusan oleh Majlis Kedamaian Negara yang disertai oleh 200 rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, tragedi tersebut berlaku kerana ekonomi orang Melayu ketika itu ketinggalan berbanding kaum Cina. Bagi mengatasi masalah ini, maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bagi merapatkan jurang ekonomi sesama kaum.          Setelah itu, bermula pada tahun 1971, era kesepaduan pun muncul. Pada era ini, tiada rusuhan kaum mahupun pertumpahan darah yang berlaku. Selama 40 tahun (sehingga tahun 2011), negara kita telah mencapai kestabilan politik, kemajuan ekonomi, dan keharmonian negara yang lebih baik berbanding era-era sebelum ini.          Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah sentiasa bekerjasama untuk memahami etnik-etnik lain agar dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Comments

Chat