NORFASEHA's 5.A2 REFLEKSI VIDEO 5.1 - OpenLearning

1. Nyatakan apa yang diterangkan oleh Dr Nazri dalam video tersebut (minimum 100 patah perkataan)

What is the answer to this question?
Dalam video tersebut, Dr Nazri telah menerangkan tentang Perlembagaan Persekutuan. Dr Nazri telah menyebut tentang perlembagaan yang didefinisikan sebagai undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara. Selain itu, perlembagaan juga merupakan kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara. Perlembagaan juga disebut sebagai undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain dalam negara dan juga sebagai rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara. Dalam video tersebut juga, Dr Nazri ada menerangkan sekilas tentang perlembagaan persekutuan iaitu perlembagaan persekutuan adalah bertulis, mengandungi 15 bab, 183 perkara, dan 13 jadual. Selain itu, menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman, dan eksekutif. Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa, dan sebagainya. Di samping itu, Dr Nazri juga menyebut tentang kepentingan perlembagaan di mana antaranya ialah mewujudkan satu bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang adil, sistematik dan berkesan. Kemudian, mewujudkan sebuah kerajaan yang berwibawa dan berintegriti yang menekankan kuasa rakyat dalam sistem demokrasi. Seterusnya, menjelaskan hak dan peranan serta tanggungjawab rakyat sebagai warganegara dan lain-lain.

2. Berikan refleksi anda berdasarkan objektif pembelajaran video ini. Gunakan gantinama diri "saya" dalam membuat refleksi (minimum 200 patah perkataan)

What is the answer to this other question?
Pada pendapat saya, video tersebut memberi gambaran yang jelas tentang perlembagaan persekutuan. Saya dapat belajar dan memahami isi kandungan perlembagaan yang disampaikan dengan berkesan. Objektif yang cuba disampaikan dalam video di atas adalah bertujuan untuk kita sebagai rakyat Malaysia memahami kandungan yang termaktub dalam perlembagaan. Selain itu, pembelajaran berdasarkan video ini bertujuan agar pelajar dan juga rakyat Malaysia sentiasa bertoleransi dan menghormati antara satu sama lain agar kita sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai di bawah satu negara. Video tersebut juga memberi pendedahan terbaik kepada pelajar agar sentiasa mengingati asal usul dan tidak mencetuskan perbalahan kaum. Saya juga berpendapat bahawa apa yang disampaikan melalui video tersebut boleh membuatkan pelajar memahami tujuan perlembagaan persekutuan ditubuhkan iaitu atas tujuan membentuk peerintahan yang adil. Seterusnya, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Kemudian, menjamin riwayat negara bangsa. Seterusnya, menjamin keamanan dan kestabilan negara.

Comments

Chat