NURUL ASHIKIN BINTI ZAMRI's 1.A4 : Perbincangan - OpenLearning

Assalammualaikum. Berdasarkan viddeo Perpaduan dan Kesepaduan. Dapat saya rumuskan di sini bahawa terdapat perbezaan di antara Perpaduan dan Kesepaduan. Perpaduan dalam kepelbagaian ialah rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. Perpaduan dalam kepelbagaian menurut perspektif antropologi sosiologi ialah bagaimana manusia mengurus dan menyusun perpebezaan sosial di kalangan masyarakat. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil agar kita dapat meraih kesenangan dan kemewahan. Perpaduan ialah proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air. Manakala kesepaduan sosial pula ialah satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan. Ia juga mendorong ahli masyarakat berusaha untuk mencapai perpaduan. Kesepaduan sosial dikatakan lebih realistik berbanding dengan konsep perpaduan kerana setiap anggota masyarakat mengidamkan untuk mencapai perpaduan. Pelbagai langkah telah diaplikasikan untuk menyatukapadukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan. Oleh sebab itu, konsep kesepaduan sosial lebih realistik kerana tidak kesemua rakyat di Malaysia ini benar-benar bersatu dan memiliki perasaan cinta yang sepenuhnya dan berbangga terhadap negara. Malah keadaan aman dan stabil juga belum wujud di sesetengah tempat yang berlakunya salah faham antara anggota masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, kita masih berusaha untuk mencuba menyatukan seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik agar kita dapat hidup aman tanpa sifat prejudis dalam diri masing-masing. 

Comments

Chat