Noramirah Afiqah Bt Iliyahs's 8.A9 Aktiviti 9: Peristiwa 13 Mei - OpenLearning

“Mungkinkah Berlakunya Peristiwa 13 Mei Jika Saudara/Saudari Tidak Memainkan Peranan Dalam Mengukuhkan Kesepaduan Sosial Di Malaysia?” Beri pendapat saudara/saudari?

What is the answer to this question?
Berdasarkan video di atas, peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Bagaimana pun peristiwa hitam tersebut merupakan satu rahmat yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara, juga telah menyedarkan semua pihak betapa jurang perbezaan tersebut adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia. Untuk menenangkan keadaa tersebut, tindakan segera telah diambil oleh kerajaan dengan perisytiharan darurat di seluruh negara oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Pada keesokan harinya Majlis Gerakan Negara atau ringkas ‘MAGERAN’ telah ditubuhkan untuk bertindak sebagai badan pemerintah.Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain. Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama, budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini. Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat .

Comments

Chat