1. Apakah matlamat utama ditubuhkan Jabatan Perpaduan Negara pada 7 Julai 1969?
Matlamat utama Jabatan Perpaduan Negara ialah menguruskan perpaduan negara untuk memastikan keharmonian hidup dalam masyarakat dan mengelakkan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei diulangi.
2. Apakah visi, misi dan moto JPNIN?
Visi JPNIN ialah menjadi agensi peneraju utama untuk memelihara, meningkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia. Misi JPNIN ialah mempertingkat dan memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Gagasan 1 Malaysia.
3. Nyatakan peranan: i. mediator komuniti; ii. Rukun Tetangga
i) PERANAN KOMUNITI Memberi perkhidmatan mediasi secara sukarela kepada pihak yang memerlukan, membantu mencari penyelesaian yang boleh diterima oleh pihak yang bertelagah bagi memelihara keharmonian masyarakat, sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran mediasi melalui latihan dan perkongsian pengalaman secara berterusan, mententeramkan ketegangan antara pihak-pihak yang bertelagah serta memulihkan perhubungan di antara mereka, menjalankan mediasi secara profesional, adil dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. ii) RUKUN TETANGGA Menjalankan apa-apa aktiviti bagi meningkatkan dan mengukuhkan semangat kerajinan, perpaduan, muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan, kesihatan, kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat. Menerima maklumat untuk memerhati dan menyiasat semua isu mengenai konflik masyarakat di dalam kawasan dan melaporkan maklumat, pemerhati dan penyiasatan itu kepada Pengarah. Mengambil apa-apa langkah yang perlu atau wajar untuk membolehkan pemastautin melindungi diri mereka terhadap apa-apa jenayah atau bencana. Menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan di kalangan anggota masyarakat. Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
4. Apakah tujuan dilaksanakan Program Integrasi Antara Wilayah?
Program Integrasi Antara Wilayah dilaksanakan untuk merapatkan hubungan kaum antara wilayah seperti antara kaum di Semenanjung Malay dengan kaum di Sabah dan Sarawak. Program ini menggalakkan interaksi dan komunikasi antara kaum yang mempunyai latar belakang dan budaya yang berbeza supaya semangat perpaduan dapat dipupukan.
5. Apakah peranan Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional?
Institut Kajian Latihan Integrasi Nasional bertanggungjawab mengendalikan aktiviti latihan, kursus, dan seminar kepada pegawai, kakitangan, dan sukarela jabatan ini untuk memperkasakan peranan JPNIN dalam masyarakat.