Saidatulafza's 5.A2 REFLEKSI VIDEO 5.1 - OpenLearning

1. Nyatakan apa yang diterangkan oleh Dr Nazri dalam video tersebut (minimum 100 patah perkataan)

What is the answer to this question?
Dr Nazri membincangkan tentang definisi dan proses penggubalan perlembagaan persekutuan. perlembangaan adalah undang-undang dasar sesebuah negara yang digubal untuk memandu sesebuah negara.Undang-undang ini perlu dipatuhi.Perlembagaan negara kita juga menyentuh aspek etnik di dalam negara.perlembagaan digubal untuk memastikan kerajaan ditadbir dengan adil,sistematik dan berkesan.Mengelakkan penyelewangan di dalam pentadbiran negara,yang ketiga memastikan pentadbiran yang berwibawa dan menekankan kuasa rakyat iaitu dengan menjalankan pentadbiran secara demokrasi seperti pilihanraya,menjelaskan hak rakyat negara serta memastikan keharmonian dan keselamatan negara terjamin.Perlembagaan ini digubal setelah rundingan di antara tiga etnik negara yang terbesar iaitu Melayu Cina dan India di persetujui.

2. Berikan refleksi anda berdasarkan objektif pembelajaran video ini. Gunakan gantinama diri "saya" dalam membuat refleksi (minimum 200 patah perkataan)

What is the answer to this other question?
Refleksi yang saya dapat daripada video ini ialah,daripada video ini saya dapat memahami bahawa perlembagaan ini digubal setelah dipersetujui oleh kesemua etnik majoriti di Malaysia.Oleh itu, tidak sepatutnya timbul isu perkauman kerana setiap undang-undang di dalam perlembagaan adalah hasil perbincangan ketiga-tiga etnik.Perlembagaan persekutuan ini adalah undang-undang yang menjadi tonggak kepada keharmonian dan keselamatan negara oleh itu saya seharusnya menghormati perlembagaan persekutuan ini dengan mematuhi arahan-arahan dan undang-undang yang terdapat di dalam perlembagaan persekutuan ini.Pada zaman sekarang terdapat kurangnya pendedahan tentang kepentingan perlembagaan persekutuan serta sebab dan proses penggubalan perlembagaan persekutuan tersebut.Oleh itu,saya akan membantu rakan-rakan saya yang masih kurang faham tentang perlembagaan persekutuan negara agar sama-sama dapat menghormati perlembagaan tersebut. Perlembagaan persekutuan juga membantu memelihara hak saya sebagai rakyat dengan cara melakukan pemilihan pemimpin secara demokrasi seperti pilihanraya utama pada setiap lima tahun.Selain itu,perlembagaan juga dapat memastikan pentadbiran negara tidak diseleweng dengan sewenang-wenangnya.Oleh itu, saya tidak akan risau tentang pentadbiran negara selagi wujudnya perlembagaan persekutuan.

Comments

Chat