1. Nyatakan apa yang diterangkan oleh Dr Nazri dalam video tersebut (minimum 100 patah perkataan)
What is the answer to this question?Berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Prof Madya Dr. Nazri Muslim didalam video di atas, undang-undang di negara Malaysia merupakan sebuah undang-undang bertulis yang mengandungi 15 bab, 153 perkara dan 13 jadual. Iaitu, undang-undang ini menyentuh mengenai bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif, disamping turut menyentuh aspek di dalam unsur tradisi iaitu bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya. Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini telah dipersetujui sejak awal Malaysia mencapai kemerdekaan. Pelembagaan merupakan salah satu elemen yang amat penting dalam sesebuah negara kerana ianya dapat mewujudkan suatu bentuk pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang adil, sistematik dan berkesan. Selain itu, perlembagaan juga amat penting kerana dengan adanya perlembagaan sesebuah negara dapat mengelak daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh badan yang mentadbir dan memerintah negara. Perlembagaan juga dapat menjamin keamanan, keharmonian, kestabilan dan kemakmuran dalam sesebuah negara. Perlembagaan Malaysia umumnya adalah dibentuk hasil daripada rundingan 3 buah etnik utama pada ketika itu, dan perlembagaan ini adalah bukan hasil persetujuan satu jenis etnik sahaja, malahan merupakan sebuah kesepakatan yang telah dicapai oleh etnik Melayu, Cina dan India. Ianya dapat dilihat melalui kemenangan majoriti Parti Perikatan yang menggabungkan etnik Melayu, Cina dan India semasa Pilihan Raya Umum 1955 yang seterusnya membawa kepada penuntutan kemerdekaan oleh TunKu Abdul Rahman yang merupakan Ketua Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu ketika itu bersama rombongannya di London.
2. Berikan refleksi anda berdasarkan objektif pembelajaran video ini. Gunakan gantinama diri "saya" dalam membuat refleksi (minimum 200 patah perkataan)
What is the answer to this other question?Saya menyedari bahawa proses penggubalan perlembagaan begitu susah dan memerlukan kerjasama antara pelbagai kaum. Saya harus menhargai pengorbanan sejarawan-sejarawan dalam membawa kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan juga menghasilkan sebuah negara Malaysia yang aman dan damai. Berdasarkan video, bukan semua warganegara mengetahui apa itu perlembagaan walaupun Malaysia sudah lama merdeka. Pada pendapat saya, semua rakyat di Malaysia harus mengetahui definisi dan ciri-ciri perlembagaan sebagai tanda penghormatan dan kesetiaan kepada tanah air kita. Saya juga harus sentiasa mengamalkan prinsip Rukun Negara termasuklah prinsip “Keluhuran Perlembagaan” dalam kehidupan saya dengan sentiasa mengingatkan diri-sendiri tentang fakta yang ternyata di dalam perlembagaan dan tidak membuat perkara yang dilarangkan. Saya juga menyedari bahawa kepentingan unsur-unusr tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Dalam proses penghasilan Perlembagaan Persekutuan, pelbagai etnik pada ketika itu berganding bahu dan berunding secara bertoleransi untuk menghasilkan sebuah perlembagaan yang dapat diterima oleh satu sama lain serta membawa kemakmuran kepada negara. Saya juga berasa bangga akan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik yang lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing iaitu sikap akomodasi yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Budaya dan tradisi setiap kumpulan etnik dipertahankan dan setiap etnik juga mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk selama-lamanya.