https://www.youtube.com/watch?v=dJvrbfavsb0
Berdasarkan video tersebut, Pembahagian era ini berkaitan dengan pengalaman sejarah Malaysia selepas perang dunia kedua. Hal ini demikian kerana Perang Dunia Kedua merupakan satu kejadian yang melibatkan keganasan. Oleh itu, era dibahagi kepada 3 iaitu era konflik, era stabil tapi ketegangan dan era kesepaduan sosial. Era konflik(1945-1960) berlaku selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Ketika ini masalah yang paling besar adalah konflik etnik antara Melayu dan etnik Cina. Hal ini berlaku disebabkan oleh tindakan satu pasukan anggota komunis bernama Bintang Tiga yang memburu etnik Melayu yang pernah bersubahat dengan Jepun kerana mereka menjadikan anggota polis Jepun atau Jookidam. Fasa seterusnya bermula pada tahun 1960 iaitu era tegang tapi stabil. Pada masa ini, negara kita mencapai kestabilan hubungan antara sesama kaum sehinggalah peristiwa hitam iaitu tragedi 13 Mei 1969. Berdasarkan rumusan oleh Majlis Kedamaian Negara yang disertai oleh 200 rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, tragedi tersebut berlaku kerana ekonomi orang Melayu ketika itu ketinggalan berbanding kaum Cina. Bagi mengatasi masalah ini, maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan bagi merapatkan jurang ekonomi sesama kaum.
Setelah itu, bermula pada tahun 1971, era kesepaduan pun muncul. Pada era ini, tiada rusuhan kaum mahupun pertumpahan darah yang berlaku. Selama 40 tahun (sehingga tahun 2011), negara kita telah mencapai kestabilan politik, kemajuan ekonomi, dan keharmonian negara yang lebih baik berbanding era-era sebelum ini.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah sentiasa bekerjasama untuk memahami etnik-etnik lain agar dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.