1. Nyatakan apa yang diterangkan oleh Dr Nazri dalam video tersebut (minimum 100 patah perkataan)
What is the answer to this question?Dr. Nazri telah menjelaskan beberapa kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial. khususnya kepada, tiang seri hubungan etnik yang terbahagi kepada 4 unsur iaitu islam,Melayu dan bumiputera Sabah dan Serawak,Bahasa Melayu Dan Raja-Raja Melayu. Selain itu,kontrak sosial adalah satu persetujuan antara orang Melayu dan bukan Melayu sewaktu menggubal perlembagaan. Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang di terima oleh etnik Melayu dan bukan Melayu. Maknanya, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu di terima sebagai bahasa kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu yang di kekal dan di perkukuh. Dr. Nazri telah menjelaskan juga bahawa disebabkan kepentingan unsur-unsur tradisi yang mendasari perlembagaan tersebut, maka unsur-unsur ini boleh dianggap sebagai tiang seri hubungan etnik di Malaysia. Seterusnya, menurut sistem beraja, raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan membantu pembesar-pembesar yang di lantik khususnya sebelum penjajahan British. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara hendaklah dilantik di kalangan raja-raja Melayu. Seterusnya,Tiang seri yang kedua adalah Agama Islam, Agama Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan. Agama Islam menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub di dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab, Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh di pisahkan, maka tugas menjaga hak istimewa orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Islam. Selain itu, peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya memerlukan sokongan majoriti lebih 2/3 parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain daripada Islam. Akhirnya, bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.
2. Berikan refleksi anda berdasarkan objektif pembelajaran video ini. Gunakan gantinama diri "saya" dalam membuat refleksi (minimum 200 patah perkataan)
What is the answer to this other question?Kesimpulan yang saya simpulkan daripada apa yang telah saya pelajari dalam subjek Hubungan Etnik ini adalah, bahawa kepelbagaian pelbagai etnik itu adalah satu keunikan kepada negara kita iaitu Malaysia. Walaupun berbeza agama, berlaku percampuran dan pertembungan budaya namun kita masih dapat mengekalkan perpaduan negara ini dengan mencari titik pertemuan kesepaduan antara pelbagai etnik di negara ini. Maka dengan itu, sikap bertolak ansur dalam setiap diri masyarakat haruslah sentiasa ditanam dalam hati dan sanubari supaya perpaduan dapat dikekalkan seterusnya keharmonian dalam kehidupan seharian dapat dicapai. Berbeza kita bukan memisahkan dan memecah belahkan, namun berbeza kita kerana akan timbul satu kekuatan untuk saling memahami dan menerima perbezaan tersebut.