nuraisayah najihah's 10.A2 : Konsep segregasi, integrasi dan saling kebergantungan - OpenLearning

Segregasi bermaksud permisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku berdasarkan faktor dari segi tempat tinggal, sistem persekolahan dan kemudahan awam. Segregasi wujud samada didasari oleh undang undang atau sebaliknya.  Hal ini telah membawa kesan yang negatif kepada perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negara kita. Pemisahan atau segregasi ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain dan peluang mereka untuk saling memahami menjadi semakin terhad. Segregasi boleh bersifat rela dan tanpa rela. Seterusnya konsep saling bergantungan ialah jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka. Saling bergantungan ini dapat dilihat apabila masyarakat di Malaysia saling memerlukan dalam urusan jual beli. Sebagai contoh, orang Melayu perlukan barang keperluan maka mereka akan mengunjungi kedai kaum cina, jika kaum India perlukan sayuran maka mereka akan membelinya dengan orang Melayu. Begitulah putaran tahap kebergantungan yang diamalkan oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia.Integrasi pula adalah satu proses penyesuain bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik, identiti, budaya, dan hak hidup sesuatu sesuatu kumpulan etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk perpaduan demi membina kesejahteraan hidup rakyat. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah-pisah.

Comments

Chat