Institut Pendidikan Guru Malaysia - OpenLearning

Institut Pendidikan Guru Malaysia

PENGENALAN Insitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah insitut pendidikan yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Kini, IPGM mengendalikan 27 buah kampus atau lebih dikenali sebagai Insitut Pendidikan Guru (IPG). IPGM menawarkan sebanyak enam program utama di IPG iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Diploma perguruan Lepasan Ijazah (DPLI), Diploma Perguruan Malaysia (DPM), Diploma Perguruan Lepasan Diploma (DPLD) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Berdasarkan program tersebut, IPGM menawarkan dua jenis mod pembelajaran iaitu mod sepenuh masa dan mod separuh masa. Seterusnya, IPGM mempunyai beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia, tajaan Agensi Luar Kementerian Pendidikan dan tajaan Kerajan Negeri. Jesteru, guru pelatih di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara sejurus tamat pengajian. MISI IPG Institut Pendidikan Guru melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembagunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. DASAR KUALITI ″Untuk menyediakan perkhidmatan Pengurusan Pendidikan Keguruan secara professional, cekap dan berkesan untuk menghasilkan guru yang berketrampilan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi IPG serta Falsafah Pendidikan Negara. Dasar ini mengutamakan usaha penambahbaikan yang berterusan ke arah mewujudkan pengurusan pendidikan keguruan yang bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak Negara.″




Educators

Objektif dan Fungsi IPG 1. Meningkatan penguasaan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pengajar pembelajaran pendidik guru; 2. Memperteguhkan penyelidikan, pembangunan dan inovasi; 3. Memperkasa program pendidikan guru secara berterusan; 4. Mengamalkan nilai profesional perguruan melalui domain diri, profesional dan sosial; 5. Memantapkan pengurusan dan pembangunan sumber manusia; 6. Mementapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelangan; 7. Menyediakan infrastruktur dan infrastruktur yang memenuhi standard IPG; 8. Memperkaya dan mempelbagaikan pengalaman pelajar; dan 9. Meningkatkan penglibatan pendidik guru dalam aktiviti komuniti. Objektif Operasi IPG 1. Semua pelajar baharu memenuhi syarat yang ditetapkan semasa proses pendaftaran. 2. Pelajar menguasai 95% aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui pengajaran dan pembelajaran. 3. Pelajar menguasai 95% aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui GERKO. 4. Pelajar menguasai 95% aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai melalui program Praktikum. 5. Sekurang-kurangnya 99.5% aspek pelajar yang menduduki peperiksaan lulus berdasarkan peraturan semasa yang berkuatkuasa 6. Semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh tujuh hari bekerja selepas aduan diterima. 7. Seramai 85% pelajar yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima. 8. Elaun pelajar bulan berkenaan dibayar 10 hari bekerja pertama bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada IPG kecuali bulan Januari.

Mohd Affandi Ismail

Hello everyone, I'm a teacher and I can't wait to learn with all of you.

Chat